KUALA LUMPUR: Semua kampus pengajian di negara ini diseru untuk turut sama mempelopori idea dan inisiatif baharu penjanaan tenaga, demi membentuk masyarakat peka tenaga dalam usaha menjaga kelestarian industri tenaga dan alam sekitar di negara ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata inisiatif berkenaan yang telah dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang berjaya mengurangkan kos utiliti tahunan daripada RM18 juta pada 2014 kepada RM12 juta pada 2022.
"Kami dimaklumkan, USM telah membangunkan Projek Inisiatif Penjimatan Tenaga sejak 2013 lagi dan ia merupakan salah satu usaha menjayakan konsep 'kampus lestari' melalui pembangunan infrastruktur penjanaan tenaga boleh baharu dalam kampus.
"Projek yang dilaksanakan melalui pemasangan sistem solar fotovoltaik di kampus tersebut itu kini dianggarkan mewakili lebih 30 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan tenaga di kampus USM, Pulau Pinang iaitu bersamaan dengan kira-kira 10 MWp," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Nik Nazmi berkata selain menjimatkan, usaha menambah baik ekosistem penjanaan tenaga di kampus itu juga turut membantu dalam mengurangkan kadar pencemaran karbon dioksida (CO2) terhadap alam sekitar.
Beliau bersama delegasi kementerian serta Suruhanjaya Tenaga sebelum itu membuat lawatan kerja ke kampus induk USM, Pulau Pinang bagi meninjau perkembangan projek inisiatif-inisiatif penjimatan tenaga di kampus tersebut.
"NRECC menyambut baik cerita-cerita kejayaan (success stories) berkenaan dasar-dasar cekap dan peralihan tenaga, terutamanya di institusi-institusi pengajian tinggi yang merupakan pusat perkongsian ilmu di tahap tertinggi dalam kalangan masyarakat setempat.
"Selaku ketua delegasi NRECC, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga USM, khususnya pihak pengurusan tertinggi Universiti atas kesedaran dan iltizam USM dalam merealisasikan agenda kelestarian di kampusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Nik Nazmi berkata inisiatif berkenaan yang telah dilaksanakan oleh USM, Pulau Pinang berjaya mengurangkan kos utiliti tahunan daripada RM18 juta pada 2014 kepada RM12 juta pada 2022. - Foto fail/BERNAMA
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.
Lebih RM96 juta baucar buku ditebus setakat ini - Wong
Sejumlah RM96.7 juta peruntukan membabitkan pemberian baucar buku bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah sehingga peringkat IPT sudah ditebus setakat hari ini.
Pendidikan Malaysia berkembang dengan penekanan terhadap Industri 4.0
Perkembangan ini penting untuk menetapkan hala tuju masa depan IPT di negara ini dan menyelaraskannya dengan aspirasi negara.
PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu dibiayai dengan dana awal RM50 juta yang dibahagikan sama rata antara PNB, syarikat korporat dan kerajaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi teliti kursus pengajian IPT agar tidak bertindih
Ia akan dibincangkan segera termasuk dalam mesyuarat pasca kabinet, supaya dapat menangani isu kekurangan pelajar dan bebanan kos.