MALAYSIA
IPU tentukan udara selamat atau berisiko - JAS

NOR AZIAH: IPU bukan sekadar nombor teknikal. Ia panduan harian untuk ibu bapa, sekolah dan majikan membuat keputusan bagi melindungi golongan terdedah seperti kanak-kanak dan warga emas.
KUALA LUMPUR: Indeks Pencemar Udara (IPU) bukan sekadar angka, sebaliknya penanda aras penting yang menentukan sama ada udara yang disedut masyarakat selamat atau memberi risiko kepada kesihatan.
Ringkasan AI
- IPU ditentukan berdasarkan pencemar udara paling dominan seperti PM2.5 dan PM10, yang memberi kesan besar semasa jerebu.
- Bacaan IPU digunakan sebagai panduan kesihatan harian untuk golongan terdedah, dengan julat dari 'Baik' (050) hingga 'Berbahaya' (301 ke atas).
- Orang ramai disaran memantau IPU secara masa nyata dan mengambil langkah pencegahan seperti elak aktiviti luar serta guna pelitup muka ketika bacaan tinggi.
Menurut beliau, bacaan IPU dikira menggunakan data daripada stesen pengawasan kualiti udara automatik di seluruh negara.
“Setiap bahan pencemar utama termasuk PM2.5, PM10, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon monoksida dan ozon diberi nilai sub-indeks.
"Bacaan IPU ditentukan berdasarkan pencemar dengan nilai tertinggi yang dipaparkan kepada orang awam,” jelasnya.

Environmental Data Center (EDC)
Nor Aziah turut menegaskan, partikel halus PM2.5 dan PM10 menjadi penyumbang terbesar kepada bacaan IPU di Malaysia, khususnya ketika episod jerebu rentas sempadan.
“IPU bukan sekadar nombor teknikal. Ia panduan harian untuk ibu bapa, sekolah dan majikan membuat keputusan bagi melindungi golongan terdedah seperti kanak-kanak dan warga emas,” katanya.
Beliau turut menggariskan julat bacaan IPU iaitu:
• 0–50: Baik
• 51–100: Sederhana
• 101–200: Tidak Sihat
• 201–300: Sangat Tidak Sihat
• 301 ke atas: Berbahaya
Antara langkah segera yang disarankan apabila bacaan meningkat termasuk menangguhkan aktiviti luar, menutup tingkap, serta memakai pelitup muka sesuai seperti N95 jika perlu berada di luar.
Dalam masa sama, JAS mengingatkan orang ramai untuk memantau bacaan IPU secara masa nyata melalui portal MyEQMS atau aplikasi mudah alih MyJAS EQMS yang dikemas kini setiap jam.
Nor Aziah turut menyeru kerjasama masyarakat dengan mengelakkan pembakaran terbuka, memastikan penyelenggaraan kenderaan, serta menyokong inisiatif penanaman pokok sebagai langkah kolektif mengurangkan pencemaran dan memastikan udara lebih selamat untuk semua.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami