TEHRAN: Naib presiden pertama Iran Mohammad Mokhber mengkritik kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan menyifatkannya sebagai mekanisme tidak adil yang melemahkan kedudukan PBB.
Naib Presiden membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres di Kampala, ibu negara Uganda, di luar Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-19 pada Sabtu, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Mokhber dan Guterres membincangkan isu-isu serantau utama termasuk konflik Gaza dengan kedua-duanya menyatakan kesedihan terhadap jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di wilayah yang terkepung itu.
Guterres berkata Iran harus bertindak sebagai satu daripada tonggak utama dalam apa yang disebutnya sebagai Asia Barat baharu dengan Tehran harus memainkan peranan aktif dalam mempromosikan keamanan.
Menurut IRNA Mokhber juga bertemu dengan Menteri Luar Afrika Selatan Naledi Pandor di luar Sidang Kemuncak NAM.
Beliau memuji Afrika Selatan kerana menyokong rakyat Gaza serta langkahnya untuk merujuk kes genosid Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Naib Presiden Iran juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar di Kampala dengan Chabahar, pelabuhan penting di tenggara Iran menjadi antara topik yang dibincangkan.
Kedua-dua pegawai turut berbincang menggunakan mata wang tempatan dalam perdagangan dua hala dan menekankan kepentingan mengadakan pelan strategik jangka panjang untuk kerjasama bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Mohammad Mokhber (foto) mengkritik kuasa veto UNSC dan menyifatkannya sebagai mekanisme tidak adil yang melemahkan kedudukan PBB. -Gambar fail/Wikipedia
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut
Seorang komander Pengawal Revolusi Iran berkata, Iran boleh mengkaji semula "doktrin nuklear" berikutan ancaman Israel.
Malaysia perlu tegas, apa yang berlaku di Palestin boleh terjadi di negara ini - Herizal
Malaysia perlu menyatakan pendirian yang tegas agar sebanrang bentuk serangan dari Israel mesti dihentikan.
PBB minta semua pihak bertenang, pasca serangan Iran
Tindakan menggunakan kekerasan adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa.
Rusia selar PBB, sekutu Israel di mesyuarat tergempar UNSC
Nebenzia mengutuk tindakan Israel kerana tindakan mereka terhadap Iran jelas pelanggaran undang-undang antarabangsa, Konvensyen Vienna.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.
Konflik Iran-Israel: UNSC dijangka adakan mesyuarat tergempar
Difahamkan, masa tentarif mesyuarat itu akan diadakan adalah pada jam 4 petang waktu tempatan.
China sokong Palestin anggotai PBB
China menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin.