KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.
Beliau yang juga rakyat Malaysia pertama menjadi Pengerusi Konvensyen dan Pameran (C&E) Majlis Anggota Penasihat (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) merupakan antara 18 calon bertanding untuk 12 kerusi terbuka Lembaga Pengarah WTCA yang mempunyai lebih daripada 340 anggota dari 90 negara.
WTCKL dalam satu kenyataan memaklumkan, Irmohizam berbesar hati dengan peluang diberikan untuk menggalas tanggungjawab bukan sahaja untuk dirinya malah mewakili Malaysia.
"Saya bangga dan berbesar hati dengan peluang yang diberikan untuk berkhidmat dalam Lembaga Pengarah WTCA.
“Saya komited untuk bekerja tanpa jemu untuk membawa Malaysia ke hadapan dalam industri ini dan menjadikan kita lebih kuat sebagai salah satu pemain industri,' katanya.
Tambah anak kelahiran Kampung Kuantan, Kuala Selangor ini, pelantikan ini juga merupakan pencapaian penting serta mencerminkan kekuatan dan potensi negara dalam komuniti Acara Perniagaan global.
WTCKL berkata, pemilihan Irmohizam sebagai ahli Lembaga Pengarah WTCA mencerminkan sumbangan dan kepimpinan luar biasa beliau dalam industri Acara Perniagaan (BE) di peringkat global.
Katanya, kepakaran luas menjadikan beliau seorang tokoh yang disegani dalam memimpin organisasi dunia turut berkhidmat aktif sebagai ahli Lembaga Penasihat bagi Persatuan Penganjur & Pembekal Konvensyen & Pameran Malaysia (MACEOS).
Peranan beliau sebagai Pengerusi Persidangan & Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA juga mengesahkan statusnya sebagai peneraju dan tokoh terkemuka dalam industri BE, dan mengukuhkan lagi kehadiran Malaysia di pentas global.
Antara Ahli Lembaga Pengarah WTCA yang baru dilantik termasuk Vijay Kalantri (WTC Mumbai), Catherine Lee (WTC Suzhou), Christina Shen (WTC Shenyang), Vineet Verma (WTC Bengaluru), Freerk Faber (WTC Twente).
Astro Awani
Tue Sep 19 2023

Irmohizam komited untuk berkhidmat membawa Malaysia ke hadapan serta menjadikan negara lebih kuat sebagai salah satu pemain terutama dalam komuniti perniagaan antarabangsa.- Gambar/ WTCKL
Rakyat Maldives tunai tanggungjawab pilih Presiden
283,000 pengundi di Maldives pada Sabtu menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih Presiden, lapor Agensi Berita Jerman. Pemilihan Presiden itu menyaksikan pertembungan antara calon pro-India dan pro-China.
Robert Kennedy Jr sertai Pemilihan Presiden AS 2024
Calon Presiden Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy Jr akan mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas.
Suspek kedua tebang pokok ikonik Sycamore di UK ditahan
Seorang lagi ditahan kerana disyaki menebang pokok Sycamore Gap berusia 300 tahun di utara England.
"Saya ada rasa tak sedap hati..." - Rakan mangsa
Perasaan tidak sedap hati seorang wanita berakhir dengan perkhabaran sahabat baiknya maut ditikam suami di rumahnya di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.
Sultan Nazrin berkenan sempurnakan perasmian
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan majlis perasmian Perak Agrofest 2023 di Sungai Siput, pada Sabtu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 September 2023.
Kerajaan Selangor tunggu kelulusan KM untuk roboh Stadium Shah Alam
Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.
Tuntutan guru di Malaysia bukti lebih fokus kepada pengajaran
Guru-guru di Malaysia lebih fokus kepada tugas sebagai tenaga pengajaran jika dilihat dari tuntutan dan keluhan mereka yang inginkan agar tidak dibebankan dengan tugas lain di luar bidang pengajaran.
SOP penyelenggaraan kemudahan sukan ditingkatkan - Fadhlina
Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Mangsa banjir di Kedah menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 419 orang daripada 141 keluarga setakat 10 malam.

Perjuangan Malaysia terhenti di separuh akhir Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia
Hasrat Malaysia untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023 di Spokane, Amerika Syarikat tidak kesampaian.

Dewan AS gagal lulus rang undang-undang perbelanjaan sementara
Ahli Parlimen mempunyai masa sehingga Sabtu, tarikh akhir tahun fiskal semasa tamat, untuk meluluskan rang undang-undang bagi membiayai kerajaan dan mengelakkan penutupan operasi kerajaan.

Ringgit dijangka kekal RM4.68-RM4.69 berbanding dolar AS minggu depan
Beliau berkata kebimbangan terhadap pendirian dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang sangat mencengkam juga akan terus menentukan sentimen pasaran.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, didorong permintaan domestik
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6930/6970 berbanding dolar AS daripada 4.7055/7105 ketika ditutup pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.6875/6915 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6850/6880 pada Isnin.

AS ada dana bantu Ukraine untuk tempoh beberapa minggu sahaja - Rumah Putih
Amerika Syarikat mempunyai dana mencukupi untuk bantuan ketenteraan ke Ukraine untuk tempoh beberapa minggu.

Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia: Malaysia kalahkan Austria 5-0
Malaysia cemerlang pada Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023 di Spokane, Amerika Syarikat apabila menewaskan Austria 5-0.

Pakatan Korea Selatan-AS perangi rejim Korea Utara sekiranya senjata nuklear digunakan - Presiden Yoon
Rejim Korea Utara mesti sedar sepenuhnya bahawa senjata nuklear tidak akan pernah dapat menjamin keselamatannya, kata Yoon.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.6850/6880 berbanding paras penutup 4.6865/6920 pada Jumaat minggu lepas.