Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kecewa dengan kenyataan MUrsyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkeras tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan UMNO selagi beliau masih hidup.
Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata Nik Aziz sepatutnya memikirkan kepentingan ummah dan tidak sepatutnya terus berkeras dengan pendiriannya itu.
"Menolak usaha perpaduan dikalangan ummah sangat tidak wajar dan merupakan pendirian yang tidak berpihak kepada kepentingan ummah secara keseluruhan.
"Nik Aziz sepatutnya lebih mementingkan perpaduan ummah berbanding kepentingan politik beliau kerana usaha perpaduan dan penyatuan merupakan usul yang terdapat dalam ajaran Islam," katanya kepada Astro Awani.
Beliau berharap supaya bekas Menteri Besar Kelantan itu melihat semula pandangannya itu dan bersama-sama menjadikan hasrat untuk melihat penyatuan ummah menerusi kerjasama PAS dan UMNO berjaya.
Abdullah Zaik menjelaskan pihaknya juga bersedia menjadi orang tengah untuk memastikan usaha kerjasama antara PAS dan UMNO berjaya dan bersedia memberi penerangan kepada masyarakat kepentingan penyatuan ummah yang harus bermula dengan kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu itu.
Harakahdaily dalam laporannya menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.
Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.
“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan UMNO apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.
“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan UMNO dilakukan,” katanya.
Nik Aziz berkata UMNO sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.
Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan UMNO dalam perjuangan mereka.
“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.
Ini bukan kali pertama, Nik Aziz membuat kenyataan menolak sebarang usaha untuk PAS dan UMNO bekerjasama. Sebelum ini pada tahun 2009, Nik Aziz pernah mencadangkan satu muktamar khas diadakan untuk membincangkan usaha kerjasama dengan UMNO yang didakwa diusahakan oleh bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Md Isa dan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, datuk Dr Hassan Ali.
Bagaimanapun muktamar khas itu tidak diadakan sebaliknya PAS hanya mengadakan konvensyen khas untuk membincangkan perkara tersebut.
Usaha untuk kerjasama antara PAS dan UMNO dikatakan telah bermula beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Usaha tersebut dibuat ekoran ada pihak merasakan kedudukan orang Melayu terancam selepas berlaku apa yang dinamakan tsunami politik ketika itu.
Namun usaha itu tidak mendapat persetujuan badan tertinggi PAS iaitu muktamar tahunannya yang jelas menolak kerjasama PAS dan UMNO.
Irwan Muhammad Zain
Wed May 29 2013
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
ISMA desak pihak bina berhala Haji dan Hajah diambil tindakan
Pembinaan berhala Haji dan Hajah itu juga jelas mencabar kesabaran umat Islam dan merupakan satu bentuk provokasi berterusan.
ISMA kecewa kenyataan Nik Aziz
Pendirian Nik Aziz yang menolak kerjasama PAS dan UMNO tidak berpihak kepada kepentingan ummah.