awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail mulakan tugas hari pertama sebagai KSN

Bernama
Bernama
29/08/2018
04:50 MYT
Ismail mulakan tugas hari pertama sebagai KSN
Ismail (kiri) mengiringi Ali yang bersalaman dengan ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua perkhidmatan dan warga JPM pada hari terakhir perkhidmatannya hari ini. --fotoBERNAMA
Datuk Seri Dr Ismail Bakar hari ini memulakan hari pertamanya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan berazam untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memberi penekanan terhadap pengurusan kos yang lebih cekap dan berkesan.
Pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan hari ini menyatakan Ismail dalam satu taklimat ringkas berikrar untuk sentiasa menegakkan integriti dan memegang prinsip kebenaran dalam menjalankan tugasnya.
Ismail, 58, mengimbas kad kehadiran pada 7.25 pagi di Pejabat Ketua Setiausaha Negara di sini, menurut kenyataan itu.
Ismail yang sebelum ini Ketua Setiausaha Perbendaharaan dilantik sebagai KSN yang baharu menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa, 63, yang kontrak perkhidmatannya tamat semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#hari pertama
#ismail bakar
#ketua setiausaha negara
#kontrak
#pengurusan kos
#perkhidmatan
#perkhidmatan awam
#sistem penyampaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan