Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Presiden Kehormat Pertubuhan UAV Dunia (WUAVF).
Watikah lantikan tersebut telah diserahkan oleh Presiden WUAVF, Jincai Yang dalam satu majlis sempena Kongres Dron Dunia Ke-7 di Shezen, China, pada Sabtu.
Ismail Sabri dalam hantaran Facebook miliknya mengucapkan terima kasih kepada WUAVF kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mempromosikan industri pesawat udara tanpa pemandu (UAV) kepada dunia.
"Industri dron berkembang sangat pantas. Sebagai contoh, pengeluar-pengeluar utama dron sedang sedaya upaya untuk menghasilkan kenderaan tanpa pemandu yang lebih besar bagi memudahkan urusan harian.
"Teknologi ini harus dikuasai dengan segera. Jika dahulu dron digunakan oleh tentera tetapi hari ini ia menjadi satu teknologi yang melibatkan semua bidang sama ada di darat, di bawah air atau udara," katanya.
Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau akan membantu pertubuhan itu untuk mempromosikan industri tersebut demi kesejahteraan dunia.
Ketika menerajui pemerintahan negara, Ismail Sabri memberikan perhatian serius kepada industri tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan dan menjadi sumber pendapatan baharu negara.
Malah beliau telah melancarkan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) sebagai agenda nasional bagi menyokong ekosistem dron. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 06 2023

Jincai menyerahkan watikah lantikan Presiden Kehormat WUAVF kepada Ismail dalam satu majlis sempena Kongres Dunia Ke-7 di Shezen, China, pada Sabtu. - Twitter Ismail Sabri

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.

Ismail Sabri dilantik Presiden Kehormat Pertubuhan UAV Dunia
Watikah lantikan tersebut diserahkan Presiden WUAVF, Jincai Yang dalam satu majlis sempena Kongres Dron Dunia Ke-7 di Shezen, China.