awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan

Faida Rahim
Faida Rahim
14/03/2025
05:03 MYT
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Kenderaan jenis Audi berwarna hitam yang dinaiki beliau, meninggalkan ibu pejabat SPRM pada jam 12.30 tengah hari selepas memasukinya pada jam 8.46 pagi tadi.
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
Kenderaan jenis Audi berwarna hitam yang dinaiki beliau, meninggalkan ibu pejabat SPRM pada jam 12.30 tengah hari selepas memasukinya pada jam 8.46 pagi tadi.
Difahamkan, proses rakaman percakapan akan bersambung pada jam 3.30 petang ini.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Perdana Menteri kesembilan itu untuk memberi keterangan hari kedua hari ini, selepas lima jam memberi keterangan semalam.
Menurut Azam, sijil cuti sakit Ismail Sabri sebelum ini telah berakhir pada Rabu.
Pada 3 Mac, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah 'safe house' susulan serbuan dilakukan pihaknya.
SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ismail Sabri sebelum ini telah mengisytiharkan harta kepada pihak SPRM sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SPRM
#pengubahan wang haram
#kes rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan