PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyifatkan suaminya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai seorang yang tidak cerewet dalam memilih makanan.
"Saya memang dah biasa dengan kesibukan dia dan bila dia balik apa yang ada dia makan saja. Dia memang tak banyak kerenah," katanya kepada media selepas menyertai Program Memasak Citarasa Floria sempena penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2022, di sini hari ini.
Pada program berkenaan, Muhaini bersama isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datin Seri Shamsiah M. Yassin membuat demonstrasi masakan Nasi Minyak Teh Bunga dan Ikan Senangin Sambal Bunga Kantan.
Menurut Muhaini, antara petua menjadikan masakan lebih enak ialah menggunakan air tangan sendiri dan memasak dengan ikhlas.
"Pertama, petua air tangan memang tak boleh dinafikan. Kedua, kena buat sesuatu dengan kasih sayang. Kalau kita masak atau apa benda semua, (buat dengan) ikhlas dan dengan kasih sayang, insya-Allah," katanya.
Mengenai penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2022, Muhaini berkata beliau teruja dapat merasai kemeriahan festival berkenaan serta melihat sendiri bagaimana acara itu menghimpunkan Keluarga Malaysia dari seluruh negara.
"Di sini kita nampak Keluarga Malaysia bersatu-padu dan menikmati keindahan dan keamanan Malaysia.
"Keluarga Malaysia maknanya satu keluarga yang berhimpun untuk hidup dalam berkasih sayang dan mencintai antara satu sama lain, barulah kita boleh aman atas dunia ini," katanya.
Festival edisi ke-12 bertemakan Floria Hebat dan orkid sebagai bunga tema itu, membuka tirai kepada pengunjung sejak Isnin lepas (29 Ogos) hingga 4 Sept ini.
Kira-kira 10,000 pokok orkid dan 400,000 tanaman pelbagai spesies ditampilkan pada festival tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
Isteri PM Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (tengah) menunjukkan ikan senangin sambal bunga kantan dan nasi minyak teh bunga pada Program Memasak Citarasa Floria bersama Isteri Perdana Menteri sempena Floria DiRaja Putrajaya 2022. - fotoBERNAMA
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.