awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri tiba di SPRM, sambung beri keterangan kali kelapan

Faida Rahim
Faida Rahim
07/05/2025
03:00 MYT
Ismail Sabri tiba di SPRM, sambung beri keterangan kali kelapan
Ismail Sabri tiba pada jam 10.55 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam diiringi kenderaan peronda PDRM. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir semula ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi ini bagi direkodkan keterangan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Beliau, yang kembali hadir bagi memberi keterangan kepada kumpulan penyiasat di SPRM Putrajaya, tiba pada jam 10.55 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam diiringi kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Difahamkan, Ahli Parlimen Bera itu sepatutnya hadir pada Selasa namun ditangguhkan ke hari ini di mana pegawai penyiasat merakam keterangan beliau pagi ini.
Difahamkan juga, proses siasatan masih berjalan memandangkan terdapat beberapa dokumen penting yang perlu disahkan oleh beliau.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, siasatan terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri itu mencapai antara 15 hingga 20 peratus.
Bekas Perdana Menteri itu kali terakhir hadir ke pejabat SPRM pada 24 April lalu untuk memberikan keterangan berhubung pengisytiharan harta.
Beliau sebelum ini juga telah beberapa kali hadir ke Ibu Pejabat SPRM berkaitan siasatan yang sama.
Ismail Sabri disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan perolehan dan perbelanjaan dana untuk tujuan promosi serta publisiti program kerajaan semasa memegang jawatan Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Azam juga memaklumkan beberapa fail dibuka berhubung siasatan terhadap Ismail Sabri susulan maklumat dan hasil risikan pihaknya.
Pada 3 Mac lalu, Azam berkata, Ismail Sabri ialah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah ‘safe house’ hasil serbuan badan antirasuah itu.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SPRM
#kes rasuah
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami