SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci dalam pertemuan di Pusat Konvensyen Movenpick di sini.
Kumpulan itu yang terdiri daripada 293 jemaah haji itu akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5635 pada pukul 1.35 petang hari ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.
Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 jemaah haji kepada Malaysia pada tahun ini. Dua tahun sejak 2020 jemaah Malaysia tidak dibenarkan mengerjakan haji ekoran pandemik COVID-19.
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Abdulaziz di Madinah, kira-kira 4.55 petang (waktu Arab Saudi).
Pada tahun ini, sebanyak 48 penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, akan membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci, dengan penerbangan terakhir pada 3 Julai.
Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia, dalam sidang media selepas pelepasan bakal jemaah haji itu berkata pihaknya berpuas hati dengan kelancaran proses melapor diri bagi penerbangan pertama itu.
Menurutnya terdapat tiga jemaah daripada kumpulan pertama itu, yang didapati keputusan ujian pengesanan COVID-19 tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) mereka positif.
"Mereka dah maklumkan pada kami lebih awal dan kami menasihati mereka supaya melalui proses dan prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), yang mana mereka perlu menjalani kuarantin yang sepatutnya.
"Selepas itu apabila mereka tiada lagi simptom-simptom, mendapat nasihat dari KKM dan kalau keputusan RT-PCR negatif dan penerbangan masih ada, kita akan cuba sedaya upaya dapatkan penerbangan untuk bawa mereka ke Tanah Suci," katanya.
Syed Saleh menasihati bakal jemaah haji untuk mengambil ujian RT-PCR 56 jam sebelum melapor diri di stesen-stesen berlepas, dan segera memaklumkan kepada pihak TH sekiranya positif bagi membolehkan pihak TH membuat perancangan bagi membantu mereka menunaikan fardu haji pada tahun ini.
Seorang jemaah yang disantuni Ismail Sabri, Azimatul Zamzam Muda, 50, dari Kuantan, Pahang berkata perdana menteri mengucapkan semoga beliau dan suami mendapat haji yang mabrur.
Seorang bakal jemaah haji, Mek Teh Taib, 62, dari Kuala Terengganu, Terengganu berkata beliau sudah menunggu selama 14 tahun sejak 2008, untuk menunaikan fardu haji.
"Pada tahun 2020, saya dapat panggilan untuk menunaikan haji, tetapi semasa itu tidak dibenarkan pergi ke Tanah Suci, maka impian itu berkubur lagi.
"Tahun ini, apabila dipanggil lagi memang saya amat gembira dan Alhamdulillah kesihatan saya juga mengizinkan untuk saya ke sana," kata suri rumah itu yang pergi menunaikan haji bersama anak lelakinya berusia 36 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia. - Foto BERNAMA
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.