KUALA LUMPUR: Satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi memantau dan membantu proses pemulihan jaguh berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan jantung pada 21 April lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli berkata, pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar dari ISN dan Institut Jantung Negara (IJN) itu akan terus memantau perkembangan Mohd Azizulhasni sepanjang tempoh pemulihan.
Menurutnya, pasukan itu juga akan merangka satu program pemulihan berstruktur yang berdasarkan bukti menggunakan data-data penting.
"Dengan sokongan perubatan sukan dan sains sukan daripada ISN, kami kena sentiasa berkomunikasi dengan Azizul dan melihat elemen-elemen penting dalam program pemulihan ini.
"Ia termasuklah kesihatan beliau, aspek pemakanan pemulihan, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, perubahan latihan selepas surgeri serta kordinasi program antara pakar jantung, pakar ISN dan jurulatihnya John Beasley," katanya.
Ahmad Faedzal turut menjelaskan sokongan dan doa daripada semua pihak amat diperlukan Mohd Azizulhasni ketika ini, selain diberi ruang untuk pulih sepenuhnya daripada pembedahan yang dijalani bagi tiga bulan pertama ini.
Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu telah menjalani pembedahan jantung terbuka bagi kondisi jantung jarang jumpa dikenali arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi yang janggal (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.
Penyakit berbahaya itu membawa risiko serangan jantung dan kematian mengejut jika tidak dirawat segera.
Sementara itu, Pakar Perunding Bedah Kanan Kardiotorasik merangkap Pengarah Sukan IJN Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon berkata pemulihan 'The Pocket Rocketman' itu telah dibahagikan kepada tiga fasa.
Fasa pertama merangkumi pemulihan daripada pembedahan yang dijangka selama enam minggu, diikuti 'cardiac rehabilitation' iaitu rehabilitasi dari segi jantung bagi fasa kedua yang dijangka memakan masa dari enam minggu hingga tiga bulan.
"Fasa terakhir adalah rehabilitasi sebagai atlet. Semua akan berlaku dengan evidence-based melalui team di sini, iaitu ISN, Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta team di Melbourne.
"Kami telah membuat ground work di Melbourne dan telah berhubung dengan doktor-doktor di sana. Azizul mempunyai sokongan perubatan yang baik di sana, selain kami juga telah mengenal pasti pakar kardiologi sukan di Melbourne untuk bantu pemulihan atlet," katanya.
Mohd Azizulhasni dijangka meneruskan pemulihan di Melbourne bersama keluarganya sehingga hujung tahun ini.
Rancangan memindahkan pusat latihan skuad berbasikal trek kebangsaan ke Velodrom Nasional, Nilai dijangka akan dilaksanakan selepas Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 03 2022
Pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar dari ISN dan IJN itu akan terus memantau perkembangan Mohd Azizulhasni sepanjang tempoh pemulihan. - Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.
Azizulhasni gagal dalam misi raih podium Kejohanan Berbasikal Trek Dunia
Laluan Azizulhasni tersekat selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat.
Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilihat mampu melakar sejarah untuk menamatkan penantian pingat emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni, Pandelela calon Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan
Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong tersenarai sebagai calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021.
Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni
Gadis berusia 19 tahun itu berkata menjuarai Kejohanan Dunia dan memenangi pingat di Sukan Olimpik adalah pencapaian yang disasarkan dalam kariernya.
Mohd Azizulhasni rancang bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024
Ia akan menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu.
Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo
Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.
KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan suntikan vaksin di Australia
Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu menguruskan proses suntikan vaksin kepada jaguh berbasikal kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kini berada di Australia.
'Perkongsian Jumaat' oleh The Pocket Rocketman
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang kongsi pengajaran daripada COVID-19 yang perlu diteladani seluruh masyarakat.
Azizulhasni tidak tertekan gagal raih emas acara keirin
Bekas juara dunia itu akur dengan pingat perak yang diraihnya dan menjelaskan perlumbaan pada Jumaat adalah sebagai sebahagian daripada latihan.