Israel dan sekutunya mencabar keamanan serta keharmonian di Baitulmaqdis yang didambakan masyarakat dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata hakikatnya masyarakat dunia mahukan keamanan dan keharmonian dikekalkan di Baitulmaqdis, namun ini dicabar Israel yang memindahkan ibu kotanya ke bandar itu.
"(Pertubuhan) Bangsa Bersatu telah adakan perhimpunan luar biasa yang mana usul (menolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel) telah diterima 128 negara... masyarakat dunia mahukan keamanan dan keharmonian beragama.
"Namun negara kecil ini (Israel) mencabar hak orang beragama Islam, beragama Kristian untuk berada di sana (Baitulmaqdis)," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2017 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, dan lebih 8,000 pengunjung termasuk pelancong dari dalam serta luar negara.
Ahmad Zahid berkata pemimpin masyarakat Kristian Katholik turut menyertai perhimpunan menolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini, menunjukkan masyarakat berbilang agama di negara ini faham mengenai kepentingan keamanan dan keharmonian untuk sesebuah negara.
Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia terutama generasi muda perlu mempertahankan keamanan, keharmonian, kecintaan dan semangat kekitaan yang dikecap sejak sekian lama.
"Keharmonian memang sukar untuk dicapai tetapi keharmonian tetap menjadi tonggak perpaduan rakyat kita, ini uniknya Malaysia dan kita semua harus bersyukur dengan terus pertahankan keamanan serta keharmonian ini," katanya.
Katanya walaupun mempunyai perbezaan pendapat, agama dan latar belakang, Islam telah mengajar semua supaya saling menghormati antara satu sama lain dan ini merupakan tonggak rakyat Malaysia untuk sekian lama.
"Kita mesti belajar menghormati agama lain dan orang lain supaya agama kita dan kita sendiri dihormati," katanya.
Ahmad Zahid berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya mengekalkan keamanan dan kehormanian ini, maka adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk terus mempertahankannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2017
Ahmad Zahid berkata hakikatnya masyarakat dunia mahukan keamanan dan keharmonian dikekalkan di Baitulmuqaddis, namun ini dicabar Israel yang memindahkan ibu kotanya ke bandar itu. - Gambar fail
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad - Benjamin Netanyahu
Israel ketika ini sedang mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang ancaman yang mungkin timbul akibat kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Tentera Lubnan akan adakan mesyuarat gencatan senjata
Jawatankuasa disertai pegawai tertinggi tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Perancis itu turut meninjau sektor selatan Litani.
Pembinaan semula infrastruktur awam Lubnan akan dipercepat
Tinjauan kerosakan oleh pemegang taruh berkaitan akan dimulakan selepas arahan rasmi kabinet dikeluarkan.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Israel teruskan operasi di selatan Lubnan
Operasi itu antara lain bertujuan melindungi rakyat Israel daripada ancaman pasukan pejuang itu.