KUALA LUMPUR: Istana Negara dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor semalam mengadakan majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang bakal berlangsung pada 20 Julai ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim semalam memaklumkan, majlis yang diadakan di Surau Utama Istana Negara di sini dimulai dengan solat Maghrib berjemaah.
Antara yang hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid; Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot.
Hadir sama Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh, pegawai dan petugas Istana Negara serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Johor.
Acara-acara bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan bermula pada 18 Julai ini dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara.
Ia diikuti Khutbah Jumaat khas yang memberikan penjelasan serta peringatan kepada umat Islam mengenai kepentingan Institusi Raja Berperlembagaan pada 19 Julai.
Masjid di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tiada Raja atau Sultan akan menggunakan teks khutbah berkenaan manakala negeri lain tertakluk pada perkenan Raja atau Sultan masing-masing.
Pada malam 20 Julai akan berlangsung Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.
Sementara itu Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai manakala Pameran Raja Kita di Muzium Negara akan diadakan pada 25 Julai sebelum acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 diakhiri dengan Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada 27 Julai.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Pada Khamis, Istana Negara mengadakan majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang bakal berlangsung pada 20 Julai ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan memperkuat nilai perpaduan, jati diri dan semangat kenegaraan dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda.
Istiadat Pertabalan Agong ke-17 punyai sentuhan peribadi Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah
Banyak perkara berkaitan persiapan dan peraturan istiadat itu dipantau Seri Paduka Baginda berdua yang mahu segala-galanya berlangsung dengan sempurna.
Istana Negara adakan majlis doa selamat sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17
Majlis yang diadakan di Surau Utama Istana Negara dimulai dengan solat Maghrib berjemaah.
Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong
Fahmi menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
#AgongKita: Wajib tumpahkan taat setia kepada YDP Agong - JAKIM
Wajib bagi setiap rakyat di negara ini menumpahkan sepenuh taat setia kepada kepimpinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Sesungguhnya ... #AgongKita
Soalan yang pernah bermain di fikiran sepanjang 12 tahun menjadi wartawan, adakah boleh untuk seorang wartawan menemubual Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?
#AgongKita: Atur cara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI
Raja itu ibarat payung yang dipertanggungjawabkan menaungi rakyat jelata dari sinar terik mentari, dan rakyat itu diibarat sebagai lambang kekukuhan dan kesinambungan Institusi Diraja.
#AgongKita: Bersatu hatilah sekalian rakyat Malaysia, titah YDP Agong
YDP Agong mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat menghayati serta menginsafi peristiwa di sebalik dua tarikh bersejarah.