KUALA LUMPUR: Beberapa lagi pemimpin politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Hari ini adalah hari ketiga berlangsungnya siri pertemuan dengan pemimpin parti politik.

Antara yang diperkenan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau dijadualkan menghadap Al-Sultan Abdullah sekitar jam 10 pagi.

Ini diikuti dengan wakil parti MIC, pada jam 11.30 pagi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada jam 3.30 petang.

Semalam, empat ketua politik termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selesai menghadap Al-Sultan Abdullah.

BACA: Dr Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih kurang sejam itu, Dr Mahathir mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969.