Skip to main content
Advertisement

Malaysia

MCMC alat politik? Platform tentukan kandungan diturunkan - Fahmi

FAHMI FADZIL
Kalau saya sendiri buat aduan kepada SKMM, belum tentu kandungan itu diturunkan, ujar Fahmi ketika wawancara bersama The Tiger Show Podcast. - Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menolak dakwaan yang mengatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dijadikan alat politik.

Katanya, MCMC menerima pelbagai aduan orang ramai, termasuk mengenai buli siber, penyebaran gambar intim dan penipuan dalam talian.

“MCMC adalah alat untuk rakyat. Ada yang mengadu tentang buli siber, penyebaran gambar intim dan penipuan. Aduan yang MCMC terima ini banyak, jadi ia tidak digunakan oleh mana-mana satu pihak,” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam wawancara bersama The Tiger Show Podcast yang disiarkan Astro AWANI pada Khamis.

Menurutnya, permintaan MCMC untuk menurunkan sesuatu kandungan tidak bermakna kandungan itu akan terus dipadam.

“Kalau saya sendiri buat aduan kepada MCMC, belum tentu kandungan itu diturunkan. Akhirnya yang menurunkan kandungan ialah Facebook atau TikTok,” katanya.

Beliau menganggarkan antara 87 hingga 92 peratus kandungan yang diminta MCMC diturunkan dipadam oleh platform.

Bagi baki permintaan itu, katanya, platform menilai kandungan berkenaan dan memutuskan untuk membiarkannya kekal. 

Must Watch Video

Advertisement