Polis menahan isteri dan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan di kediaman mereka awal pagi Isnin.
Ketiga-tiga mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2 petang ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, pihak Peguam Negara telah mengeluarkan arahan pertuduhan untuk kesemua mereka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
"Pertuduhan akan dibacakan kepada isterinya Samirah Muzaffar, 43, dua anak lelakinya berusia 15 dan 17 tahun dan seorang lagi yang masih bebas.
"Ketiga-tiga mereka ditahan di kediaman mereka pada 6.45 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: Kematian CEO Cradle sebab kecederaan berganda di kepala?
Sebelum ini, media melaporkan laporan penuh bedah siasat kali kedua Allahyarham Nazrin mengambil masa lama berikutan ia bergantung kepada doktor yang membuat laporan berkenaan.
Allahyarham Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun tahun lalu difahamkan maut akibat kebakaran selepas telefon bimbit dalam biliknya meletup.
Dua bulan kemudian, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba mendapati ada kesan petrol di tempat kejadian.
Polis kemudian menyoal siasat anggota keluarganya, termasuk menahan reman isteri dan dua anak tirinya.
Pada 8 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan kubur Allahyarham Nazrin digali semula supaya bedah siasat kedua dapat dijalankan bagi mencari bukti baharu mengenai kematiannya.
Jenazah Allahyarham Nazrin digali semula untuk proses bedah siasat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Seksyen 6 Kota Damansara pada 15 Oktober lalu.
BACA: Kronologi kes kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan
Afiezy Azaman
Mon Mar 04 2019

Isteri Allahyarham Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar dan dua anak tirinya bakal didakwa petang Isnin. - Gambar fail

Magh Mela | Festival mandi suci berakhir setelah 45 hari
Jutaan penganut Hindu menyertai ritual mandi suci di Utara India, bandar Praya-Graj bersempena dengan Hindu Bathing Festival, (Magh Mela). Melalui pemandangan udara, penganut Hindu dilihat membanjiri tiga sungai suci di India, Sungai Ganga, Yamuna dan Saraswati.

Kudeta Myanmar | Sami Buddha bantah rampasan kuasa
Krisis politik di Myanmar masih lagi berpanjangan, dengan tiada tanda-tanda reda, meskipun sudah hampir memasuki minggu kelima sejak insiden rampasan kuasa oleh tentera negara itu. Perarakan terus berlangsung dengan senario terbaharu yang mana, tunjuk perasaan di Mandalay, turut disertai oleh golongan agamawan, sami Buddha.

Hormati aspek perundangan yang dibuat Badan Perundangan Negeri - Takiyuddin
Pas menyeru agar semua pihak menghormati dan tidak cuba mengambil sudut pendekatan yang tidak wajar dengan mencabar aspek-aspek perundangan sedia ada yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri.

10 Berita Pilihan - (26 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pelancongan Sabah | Pengusaha sektor terima RM10 juta bantuan kerajaan
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM10 juta bagi meringankan beban pengusaha sektor pelancongan di negeri itu. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, sektor ini amat terjejas berikutan penutupan sempadan negara bagi membendung jangkitan COVID-19.

Padi | MARDI perkenal dua varieti padi baharu
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melancarkan dua varieti padi baru iaitu MR315 DAN MRQ104 yang bersifat lebih tahan lasak dan mampu memberi pulangan lebih kepada petani. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, ketika melancarkan varieti padi tersebut di MARDI Seberang Prai, Pulau Pinang pada Sabtu, memberitahu benih padi berkenaan terhasil selepas kajian selama 12 tahun dengan setiap varieti membabitkan kos RM5 juta.

Internet | Cadang wujud Wi-Fi percuma di PPR DBKL - Annuar
Kementerian Wilayah Persekutuan sedang meneliti keperluan bagi mewujudkan perkhidmatan Wi-Fi percuma di setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menterinya ,Tan Sri Annuar Musa berkata, perkhidmatan itu ditawarkan bagi membantu pelajar daripada golongan B40 mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lebih selesa.

Seks Luar Tabii | Hormati keputusan Sek Luar Tabii
Semua pihak digesa supaya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai satu kesalahan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama penasihat undang-undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung kesan dan implikasi keputusan tersebut.

Bomba terpaksa mendaki hampir 10 km untuk padam kebakaran hutan
Anggota bomba terpaksa mendaki hampir 10 kilometer bagi menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di kawasan seluas 16 hektar di Kampung Sindu, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di sini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri, 2 anak lelaki bekas CEO Cradle Fund bakal didakwa kerana membunuh
Polis menahan isteri dan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan di kediaman mereka awal pagi Isnin.