awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri berkorban jaga suami terlantar lumpuh, tiga anak OKU

Bernama
Bernama
22/03/2021
06:44 MYT
Isteri berkorban jaga suami terlantar lumpuh, tiga anak OKU
Haminah berkata, selain menjaga suami serta tiga anak OKU, dia turut menjaga dua cucu di rumah mereka yang terletak di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung tersebut. - Bernama
MACHANG: Sejak tiga tahun lalu, Haminah Hussin, 60, menjadi tulang belakang keluarganya apabila perlu menjaga suami yang terlantar akibat angin ahmar dan Parkinson, malah wanita ini juga perlu menjaga tiga anak orang kurang upaya (OKU) yang juga pesakit talasemia.
Sudah menjadi rutin harian Haminah untuk mengangkat suaminya, Mamat Isa Jusoh, 64, untuk memandikan serta menyuap makanan dan minuman.
"Saya tidak mahu mengeluh dengan ujian ini tetapi saya akui tidak dapat menjaga semua perkara, malah tidak sempat mengemas rumah kerana lebih fokus terhadap suami terlantar.
"Sebelum kena angin ahmar ini, suami mengalami masalah kemurungan dan penyakit Parkinson. Dia kemudian jatuh dari kerusi dan disahkan lumpuh terkena serangan strok akibat darah tinggi dan kolesterol naik mendadak," katanya ibu kepada sembilan anak ketika ditemui di rumahnya Kampung Kolam Abu, di sini hari ini.
Bercerita lanjut, Haminah berkata selain menjaga suami serta tiga anak OKU, dia turut menjaga dua cucu di rumah mereka yang terletak di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung tersebut.
"Mohamad Aiman Hazimi Mamat Isa, 21, mengalami tulang belakang patah dan dimasukkan besi serta mata mengalami penyakit katarak kronik, manakala Mohamad Irfan Helmi, 19, adalah OKU pelbagai, yang bersekolah dalam aliran pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang,
"Seorang lagi, Siti Noor Hafiza Idayu, 30, menghadapi kemurungan. Ketiga-tiga anak OKU saya ini juga, pesakit talasemia," kata Haminah yang turut menghidap penyakit tiroid, darah rendah dan sakit tulang belakang.
Haminah berkata dia juga menjaga dua cucu berumur lapan dan enam tahun setelah ibu bapa mereka berpisah sejak enam tahun lalu.
Dia berkata mereka hilang punca pendapatan selepas suami yang sebelum ini menanam sayur di tepi rumah terlantar sakit, manakala anak lain pula hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu dan sekadar mampu menyara diri sendiri.
"Kami bersyukur kerana Mohd Aiman Hazimi memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. Saya juga mendapat bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) RM400 setiap bulan, yang dapat meringankan beban ditanggung.
"Namun sebulan saya perlu kira-kira RM500 untuk membeli keperluan suaminya termasuk ubat-ubatan serta lampin pakai buang," katanya.
Haminah amat bersyukur apabila kepayahan hidup mereka mendapat perhatian penduduk setempat, yang bergotong-royong membersihkan kawasan rumah yang dipenuhi sampah serta barang terpakai, minggu lepas.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Agro Bank 2-00-6672-00000347-1 atas nama Haminah Hussin atau boleh menghubungi anaknya Mohd Hasdan di talian 017-9643470.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#haminah hussin
#anak OKU
#mamat isa jusoh
#suami terlantar
#isteri jaga suami
#angin ahmar
#Parkinson
#kesihatan
#kebajikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan