awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri kedua didenda RM1,000 rosakkan kereta suami selepas dicerai talak 3

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2024
10:39 MYT
Isteri kedua didenda RM1,000 rosakkan kereta suami selepas dicerai talak 3
Majistret menjatuhi isteri kedua lelaki itu hukuman berkenaan selepas pihak pendakwaan berjaya memenuhi beban pembuktian melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Tindakan seorang wanita merosakkan kereta bekas suaminya yang bergelar Datuk kerana berang diceraikan talak tiga menerusi aplikasi WhatsApp, mengundang padah apabila dia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret, Sasha Diana Sabtu menjatuhi isteri kedua lelaki itu hukuman berkenaan selepas pihak pendakwaan berjaya memenuhi beban pembuktian melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.
Menerusi keputusan penghakiman bertarikh 13 Mac, yang dimuat naik dalam sistem e-kehakiman, beliau berkata, bukti menunjukkan tindakan berulang tertuduh membawa kepada kerosakan kepada kereta itu.
“Tertuduh berasa kecewa dan terdesak kerana terpaksa menunggu di luar rumah bekas suaminya yang berusia 61 tahun, namun dia masih enggan bercakap ketika ditemui tertuduh.
"Kejadian itu menyebabkan tertuduh beremosi sehingga merosakkan tingkap dan cermin kenderaan supaya lelaki itu keluar dari kereta," katanya.
Jika pengadu memberi ruang untuk perbincangan dan mengendalikan perceraian dengan belas kasihan serta ihsan, beliau berkata, tertuduh tidak perlu mengambil langkah sedemikian.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja melakukan khianat iaitu dengan mengetuk dan menendang cermin hadapan kereta jenis BMW 530 sehingga retak.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di daerah ini, pada jam 12.05 tengah malam, 24 Julai 2020, yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Mengikut fakta kes, krisis perkahwinan itu bermula apabila pengadu yang juga pakar bedah mengahwini wanita itu pada April 2020, namun tidak dipersetujui oleh isteri pertamanya.
Bagaimanapun, pada 21 Julai tahun sama, lelaki berkenaan menghantar kiriman WhatsApp untuk menceraikan tertuduh dengan talak tiga.
Kecewa dengan tindakan itu, tertuduh pergi ke rumah bekas suaminya itu, pada jam 12 tengah malam, iaitu sejurus lelaki itu pulang daripada kerja.
Dia terus mengetuk tingkap kereta untuk berbincang tetapi tidak diendahkan lelaki berkenaan lalu cuba meninggalkan lokasi itu.
Wanita itu kemudiannya melompat atas kereta dan merosakkan cermin depan dengan kuat sehingga menyebabkan keretakan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#masalah rumah tangga
#isteri kedua
#pecah cermin kereta
#cerai talak tiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan