awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri muda 19 tahun diselamat selepas diculik 16 jam

Bernama
Bernama
16/01/2014
13:13 MYT
Isteri muda 19 tahun diselamat selepas diculik 16 jam
Gambar Hiasan
Seorang isteri muda dapat diselamatkan polis selepas 16 jam diculik empat lelaki dari rumahnya di Bandar Selesa Jaya, Nusajaya di sini pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Nor Hashim Mohamed berkata wanita berusia 19 tahun itu, yang juga isteri kedua seorang lelaki berusia 24 tahun, diculik suspek yang bersenjatakan besi dan kayu.
Beliau berkata suami mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada kira-kira 1 pagi Selasa.
"Semasa kejadian, lelaki itu bersama-sama isteri pertamanya berusia 24 tahun dengan tiga anak mereka, isteri keduanya dan ibunya yang berusia 56 tahun berada di dalam rumah sebelum didatangi empat lelaki yang dikenali," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya suspek kemudian memukul ibu lelaki itu sebelum melarikan isteri keduanya dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona.
Bertindak atas laporan itu, polis melakukan serbuan di beberapa rumah di sekitar kawasan Bandar Selesa Jaya pada 4.45 petang hari sama dan menahan keempat-empat suspek berumur antara 14 dan 17 tahun sebelum menemui semula mangsa dalam keadaan selamat.
"Kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap suami mangsa yang dikatakan mengambil barangan milik suspek...kerana itu, mereka membalas dendam dengan melarikan isterinya," katanya.
Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Topic Berkaitan
#culik
#jenayah
#Johor Bahru
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan