awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Mursyidul Am Pas meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2023
07:26 MYT
Isteri Mursyidul Am Pas meninggal dunia
Allahyarhamah Datin Sarah Rejab, 77, meninggal dunia kira-kira pukul 7 petang akibat kegagalan fungsi hati. - Sinar Harian
KANGAR: Isteri kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada petang Khamis.
Allahyarhamah Datin Sarah Rejab, 77, meninggal dunia kira-kira pukul 7 petang akibat kegagalan fungsi hati.
Bekas Ketua Dewan Muslimat Pas negeri itu mendirikan rumah tangga bersama Hashim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang sejak lebih 50 tahun.
Pasangan itu mempunyai lima orang cahayamata iaitu, Nabilah, Faiz, Hamimah, Nadia dan Husna.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam status Facebooknya yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.
“Mendapat perkhabaran duka, Datin Sarah Rejab, Isteri kepada Tuan Guru Hashim Jasin, Mursyidul Am Pas telah pergi menghadap Ilahi.
"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga kuat dan tabah menghadapi kehilangan insan tersayang,” katanya.
Sementara Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut memuat naik status berkenaan di laman sosial ketika menziarahi Hashim di kediamannya pada malam Khamis. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#isteri Mursyidul Am Pas
#Hashim Jasin
#meninggal dunia
#Kangar
#Sarah Rejab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan