awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Undang Luak Rembau meninggal dunia

Bernama
Bernama
11/04/2022
06:57 MYT
Isteri Undang Luak Rembau meninggal dunia
Allahyarhamah meninggal dunia di kediaman rasmi Datuk Undang Luak Rembau kira-kira 9.15 pagi tadi.
SEREMBAN: Tok Puan Siti Ramalah Yunus, isteri kepada Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang.
Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin berkata Allahyarhamah meninggal dunia di kediaman rasmi Datuk Undang Luak Rembau kira-kira 9.15 pagi tadi.
"Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas asar. Allahyarhamah dan Datuk Muhamad Sharip memiliki enam anak lelaki," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarmah.
"Saya serta seluruh barisan kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan turut berdoa agar roh Allahyarmah diampuni dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan soleh. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini," katanya menerusi Facebook di sini hari ini.
Jenazah akan disolatkan di surau Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau sebelum dibawa ke Kampung Mungkal, Rembau untuk dikebumikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isteri Undang Luak Rembau
#Tok Puan Siti Ramalah Yunus
#Muhamad Sharip Othman
#meninggal dunia
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan