awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Wan Junaidi meninggal dunia

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
27/05/2022
12:10 MYT
Isteri Wan Junaidi meninggal dunia
Allahyarham yang berusia 70 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang di Pusat Perubatan Borneo (BMC).
KUCHING: Isteri kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datin Seri Fiona Norjanah Sim Abdullah meninggal dunia pada Jumaat.
Allahyarham yang berusia 70 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang di Pusat Perubatan Borneo (BMC).
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri syed Hamzah Syed Paee ketika dihubungi menerusi WhatsApp sebentar tadi.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Jalan Green Kuching pada malam ini.
Difahamkan solat jenazah akan dilakukan pada jam 9 pagi Sabtu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang Kuching pada jam 10 pagi.
Allahyarham telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 1972.
Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Embok Fariah, 49; Sharifah Nong-Jasima, 38 dan Sharifah Nuril Barieyah, 29.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir untuk solat jenazah esok.
Topic Berkaitan
#Isteri meninggal
#Isteri Wan Junaidi
#meninggal dunia
#Pusat Perubatan Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan