IPOH:Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Menjunjung Duli dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-64 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang disambut hari ini, ditangguhkan berikutan perkembangan semasa penularan wabak COVID-19.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata istiadat itu akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
"Turut ditangguhkan ialah acara-acara rasmi utama bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak seperti majlis santapan diraja dan istiadat kawalan kehormatan," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mohd Zahidi berkata pada tahun ini, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri Perak kepada 147 penerima sahaja, jumlah yang agak terhad berbanding sebelum ini.
Katanya pengurniaan darjah kebesaran dan pingat pada tahun ini tertumpu kepada pasukan barisan hadapan yang banyak berkorban masa dan tenaga menentang serta mengekang penularan wabak COVID-19 terutamanya di negeri ini, selain ahli akademik yang banyak berjasa kepada Perak, negara dan antarabangsa.
"Pengurniaan ini diharapkan dapat menyuntik dan menaikkan semangat serta moral pasukan barisan hadapan secara keseluruhannya untuk terus berjuang demi memastikan keselamatan rakyat negeri Perak daripada jangkitan wabak COVID-19," katanya.
Mohd Zahidi berkata mendahului senarai penerima ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang menerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) membawa gelaran Datuk Seri Panglima, manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim menjadi penerima tunggal Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.
Sementara itu, seramai 11 individu menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi; Pakar Perunding Kanan Obstetrik, Ginekologi dan Uroginekologi, Jabatan Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun Datuk Dr A.Aruku Naidu; dan Pengarah Kesihatan Keluarga, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Datuk Dr Faridah Abu Bakar.
Turut menerima DPMP ialah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah) Datuk Adzman Talib; Pengurus Besar Lembaga Air Perak Datuk Ishak Abd Rahman; pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Dr Bahari Belaton; dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa Prof Datuk Dr Mohammad Hashim Kamali.
Penerima lain ialah Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Datuk Azemi Abdul Aziz; Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri Datuk Chuah Teoh Ban; Pakar Perunding Jabatan Surgeri Ortopedik, Fakulti Perubatan Universiti Malaya Prof Datuk Dr Kwan Mun Keong dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia Datuk Dr D. Saunthari.
Selain itu, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada lima penerima iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid; dan Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Turut menerima DPTS ialah Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Brig Jen Ir Datuk Anhar Anuar; Inspektor Jeneral Markas Tentera Laut Laksamana Muda Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dan Pengarah Kesihatan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Angkatan Tentera Brig Jen Datuk Dr Nor Azam Jais.
Mohd Zahidi berkata semua penerima SPTS, DPCM, DPMP, DPTS boleh menggunakan gelaran masing-masing bermula pada hari ini (6 Nov) walaupun Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Menjunjung Duli dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak ditangguhkan.
Selain itu, beliau berkata Sultan Nazrin juga berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada sembilan penerima, 15 menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), manakala sembilan dianugerahi Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM).
Seramai 25 lagi menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 27 dianugerahi Pingat Pekerti Terpilih (PPT), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) diberikan kepada 38 orang penerima manakala lima lagi mendapat Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 05 2020

Pada tahun ini, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri Perak kepada 147 penerima sahaja, jumlah yang agak terhad berbanding sebelum ini. - Facebook pejabatsultanperak

Pasha minta peminat cadang nama penyanyi baharu untuk kolaborasi
Agak-agak penyanyi wanita mana yang anda mahu lihat nyanyi bersama Ungu di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur?

Rosak kereta di Stadium MBPJ, tujuh lelaki didenda RM2,000
Tujuh lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana berhimpun secara salah dan merosakkan sebuah kereta di parkir Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.
Bila internet laju, hiburan lagi padu!
Dah ada Astro kan? Berita baik untuk pelanggan Astro. Dapatkan Astro Fibre kelajuan 500MMbps hanya RM90 je sebulan! Lagi best, harga tu tetap selama 24 bulan tau!
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Pecutan akhir kempen PRK Kemaman
Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali memberi pandangan mengenai pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Kemaman.
Lelaki mengaku bersalah abaikan empat anak
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan mengabaikan empat anaknya.
Gaji minima perlu diteruskan seiring pelaksanaan dasar gaji progresif - Pakar
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan penguatkuasaan gaji minimum perlu diteruskan seiring pelaksanaan gaji progresif.
Pengganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar lebih 10kg dadah
Seorang pengganggur Lee Chi Wan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat lebih 10 kilogram 18 November lepas.
Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Israel mula bedil Gaza sebaik saja gencatan senjata tamat
Tentera Israel berkata ia akan meneruskan pertempuran menentang Hamas di Gaza selepas kumpulan pejuang itu melanggar perjanjian pemberhentian sementara perang dengan melancarkan dua roket.
#IsraelCuak
#IsraelCuak

Sultan Nazrin berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 213 penerima
Seramai 238 penerima dikurniakan darjah kebesaran dan pingat bersempena dengan hari keputeraan baginda yang disambut pada 3 Nov.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Perak
Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67.

Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.

Mohd Amar dahului senarai 772 penerima darjah kebesaran, pingat negeri Kelantan
Mohd Amar menerima anugerah Dato' Sri Amar D'Raja pada istiadat penganugerahan yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.

772 terima darjah kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kelantan
Seramai 772 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-54, esok.

Sultan Mizan Zainal Abidin kurnia darjah kebesaran kepada 111 individu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Gelaran dan Darjah Kebesaran Bintang-Bintang serta Pingat kepada 111 individu di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini.

Pemangku Raja Pahang sempurnakan penyampaian darjah, pingat kepada 181 penerima
Tengku Hassanal berkenaan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat negeri Pahang kepada 181 penerima.

Razali ketuai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ubah kandungan sistem pengurusan darjah kebesaran: Dua bekas petugas SUK Pahang mengaku tidak bersalah
Bekas pembantu operasi Mohd Isa Mohd Yusof dan bekas pembantu tadbir Muhammad Amer Syafeeq Aziz, membuat pengakuan itu di hadapan hakim.

Dua kakitangan SUK Pahang ditahan 'jual' pingat kebesaran
Terbongkar kerja 'orang dalam', kenakan bayaran hingga RM150,000 kepada individu yang kemaruk gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri'.