KUALA LUMPUR: Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri Mohd Faidz Sanusi berkata pada 8.30 pagi Jumaat ini, sebanyak dua das tembakan meriam akan dilepaskan bersempena dengan raptai penuh Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
"Pada hari Sabtu iaitu hari sebenar Istiadat Pertabalan, sebanyak 21 das tembakan meriam akan dilepaskan juga pada 8.30 pagi. Jadi, sesiapa yang mendengar bunyi tembakan pada waktu itu janganlah cemas," katanya semasa menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini hari ini.
Selain itu, Mohd Faidz berkata acara-acara bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan bermula esok dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara pada 5.30 petang diikuti Khutbah Jumaat Khas pada keesokannya.
Mohd Faidz berkata tetamu diraja yang dijangka berangkat ke istiadat pertabalan Sultan Ibrahim pada Sabtu ini ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
Beliau berkata acara lain yang akan diadakan ialah Majlis Santapan Diraja di Istana Negara pada Sabtu, manakala Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenaan untuk berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai.
Selain itu, Mohd Faidz berkata Pameran Raja Kita akan diadakan di Muzium Negara pada 25 Julai dan dibuka kepada umum sehari selepas itu hingga 2 Sept yang memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat kira-kira 130 koleksi diraja sama ada peringkat Persekutuan ataupun negeri Johor.
"Antaranya ada regalia Persekutuan, manuskrip Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor selain koleksi peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah," katanya.
Acara-acara bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan diakhiri dengan Majlis Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai di Istana Negara.
Mohd Faidz berkata Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong merupakan istiadat penuh simbolik dan satu upacara yang julung kali dapat disaksikan kerana diadakan hanya lima tahun sekali.
Beliau berkata ia merupakan peluang yang baik untuk rakyat Malaysia memahami lebih mendalam dan memupuk rasa cinta terhadap institusi diraja dan cara ia diamalkan di Malaysia di bawah konsep Raja Berperlembagaan.
"Seperti diumumkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, wayang pacak akan dipasang di semua 222 kawasan Parlimen pada 20 Julai ini bagi menayangkan siaran secara langsung istiadat pertabalan, ambillah peluang ini untuk menontonnya kerana ia penuh adat dan tradisi, sesuatu yang perlu dihayati," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
Jalan-jalan utama sekitar pusat bandar menghala ke Istana Negara dihiasi dengan pemidang sebagai persediaan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 20 Julai ini. - Foto Bernama
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi
Ia bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung pada 20 Julai.