Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah percaya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tercetus berasaskan persepsi yang dimainkan oleh golongan tertentu.
Bagaimanapun, katanya, beliau yakin tidak semua rakyat terpengaruh dengan persepsi yang diwujudkan berhubung polemik syarikat pelaburan strategik kerajaan itu, termasuk yang dimainkan oleh pihak media tertentu.
"Isu ini diwujudkan berasaskan persepsi oleh golongan tertentu, termasuk media apabila media tertentu telah memainkan isu ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini pada Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan senator Datuk Yahaya Mat Ghani mengenai langkah diambil kerajaan, bagi memastikan isu 1MDB tidak berpanjangan, dan tidak terus menjadi spekulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ahmad Husni menarik perhatian bahawa dalam isu 1MDB, pihak-pihak berkenaan lebih cenderung memainkan isu kontroversi tetapi tidak pula menyentuh tentang pelaburan menguntungkan yang dibuat oleh syarikat itu.
"Saya hairan, bila kita lihat dalam laporan akhbar umpamanya, tidak ada langsung diceritakan pelaburan (1MDB) dalam Petro Saudi yang telah menjana keuntungan sebanyak US$487 juta atau bersamaaan RM1.494 bilion," katanya.
Menjawab soalan tambahan Senator Datin Rahimah Mohamad mengenai sama ada kerajaan boleh meyakinkan rakyat selepas proses audit 1MDB selesai, Ahmad Husni berkata beliau yakin ia dapat diselesaikan berdasarkan inisiatif kerajaan, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Kabinet juga telah memanggil (1MDB) dan kita meneliti satu demi satu dan kita minta 1MDB pula buat pembentangan dan dari situ sepatutnya Kabinet telah berpuas hati," katanya.
Bagaimanapun, kata Ahmad Husni, atas permintaan pihak tertentu supaya audit yang dibuat lebih telus, hasil audit 1MDB akan diserahkan kepada PAC yang dianggotai anggota parlimen Barisan Nasional dan pembangkang untuk dibincangkan.
Menjawab soalan Senator Datuk Boon Som a/l Inong berhubung perkembangan audit yang dijalankan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB, Ahmad Husni berkata ia sudah dimulakan dan segala dokumen juga dikumpulkan untuk diaudit.
"Kita (kerajaan) telah memaklumkan kepada Ketua Audit Negara supaya melakukan audit itu secara komprehensif. Selepas audit selesai, selepas itu kita boleh jawab tohmahan terhadap 1MDB," katanya.
Bernama
Wed Apr 15 2015
Kata Ahmad Husni, atas permintaan pihak tertentu supaya audit yang dibuat lebih telus, hasil audit 1MDB akan diserahkan kepada PAC yang dianggotai anggota parlimen Barisan Nasional dan pembangkang untuk dibincangkan. - Foto Fail
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.