awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 3R: Kajian undang-undang dibentang kepada Kabinet minggu ini - Azalina

Bernama
Bernama
24/07/2023
10:27 MYT
Isu 3R: Kajian undang-undang dibentang kepada Kabinet minggu ini - Azalina
Azalina berkata pembentangan kajian fasa pertama itu akan dilakukan secara menyeluruh sebelum sebarang ketetapan dibuat. - Gambar fail/Bernama
KEPALA BATAS: Perbincangan dan kajian mengenai undang-undang berkaitan isu 3R (agama, raja dan kaum) termasuk sama ada akta baharu diperkenal akan dibentang kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pembentangan kajian fasa pertama itu akan dilakukan secara menyeluruh sebelum sebarang ketetapan dibuat.
"Menerusi sesi libat urus yang terdiri daripada Perbincangan Kumpulan Fokus dan Dialog Perundangan 3R baru-baru ini, ia bukan membincangkan undang-undang baharu... saya jemput Badan Peguam dan pihak berkepentingan untuk bincang hala tuju sebab ada yang berpendapat undang-undang sedia ada mencukupi.
"Namun ada juga kata perlu ada cara undang-undang lain seperti di Singapura dan Australia, sebenarnya Kabinet mengarahkan Kementerian Perpaduan dan Bahagian Undang-Undang untuk terlibat dalam perbincangan tersebut.
"Insya-Allah, pada mesyuarat Kabinet minggu ini saya akan bentangkan daripada kesimpulan perbincangan yang telah dijalankan... itu merupakan fasa pertama... perlukan banyak lagi perbincangan dengan pelbagai pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Komunikasi Media MADANI: Komunikasi Strategik dan Digital di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan kerajaan mengkaji untuk mewujudkan akta baharu berdasarkan aspek sivil yang mungkin dinamakan Akta Negara Bangsa mirip Akta Keharmonian Kaum di Singapura dan cadangan itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet.
Mengulas lanjut, Azalina berkata pihaknya perlu melihat secara menyeluruh termasuk aspek perpaduan dan jangka panjang termasuk elemen dalam politik yang menggunakan 3R jika mahu mewujudkan undang-undang baharu berkaitan 3R itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesyuarat Kabinet
#isu 3R
#jemaah menteri
#Azalina Othman Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan