awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu air: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia jumpa MB Kedah di mahkamah

Bernama
Bernama
13/01/2021
10:17 MYT
Isu air: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia jumpa MB Kedah di mahkamah
Chow Kon Yeow berkata sedia jumpa Sanusi di mahkamah, dan Pulau Pinang akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu. - Gambar fail
GEORGE TOWN:Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di mahkamah berhubung isu caj air mentah.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu.
Beliau berkata Sungai Muda bukan milik eksklusif Kedah sebaliknya sebahagian sungai itu adalah 'milik' Pulau Pinang dan Menteri Besar Kedah tidak mempunyai asas untuk menuntut pembayaran daripada Pulau Pinang kerana mengabstrak air mentah dari Sungai Muda.
"Kami bersedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah di mahkamah sekiranya pihak tersebut ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap isu caj air mentah yang dibangkitkan sebelum ini," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya fakta bahawa Sungai Muda mengalir melalui Pulau Pinang didokumentasikan dalam Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325) dan termaktub sebagai Akta dalam Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Kedah dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan negeri
#pulau pinang
#Kedah
#menteri besar kedah muhammad sanusi md nor
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Chow Kon Yeow
#isu air
#bekalan air
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan