PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesahkan kesahihan transaksi syarikat-syarikat yang dipercayai memperolehi dana daripada Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) kerana terdapat banyak perkara yang mencurigakan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu, berdasarkan siasatan ke atas senarai syarikat-syarikat yang dihantar badan amal itu, pegawai penyiasat mengesan wujudnya perkara-perkara yang mencurigakan yang memerlukan penelitian mendalam.
"Itu yang menimbulkan kesulitan kerana mereka (Aman Palestin) mendakwa mereka telah hantar (sumbangan). Tapi isunya siapa penerima? Betul atau tidak?
"Itu yang perlu kita sahkan. Ini memang perkara-perkara yang perlu disiasat dengan teliti oleh pegawai-pegawai kita.
"Sebab itu kita perlu mengambil sedikit masa dan wang yang masih ada dalam bank kita perlu sita," katanya kepada pemberita selepas Simposium Tata Kelola Baik Nasional 2024 di sini, pada Isnin.
Majlis yang diadakan serentak dengan peluncuran Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azam memaklumkan, SPRM turut menyiasat mengenai pelaburan jongkong emas oleh Aman Palestin dan penerimaan wang yang didakwa sudah diagihkan kepada penerima bantuan di Palestin, Syria dan beberapa negara lain.
"Kita siasat sama ada betul atau tidak wang derma itu sudah dihantar ke Palestin, Syria dan beberapa negara lain.
"Kita juga siasat bagaimana wang itu dihantar ke negara berkenaan dan ini menjadi persoalan dalam siasatan pegawai siasatan kita, termasuk pelaburan jongkong emas seperti didakwa mereka.
"Jika ada isu yang tidak betul atau melanggar mana-mana peraturan, kita akan kemukakan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya," jelas beliau.
Sebelum ini media melaporkan SPRM mendapati penyaluran dana awam kepada Aman Palestin ada yang digunakan untuk membeli aset atas nama syarikat proksi.
Penyaluran dana pelaburan itu dipercayai kepada syarikat proksi dan pembelian aset atas nama proksi.
Umavathi Ramayah
Mon Jan 08 2024
Azam Baki memberitahu, pegawai penyiasat mengesan wujudnya perkara-perkara yang mencurigakan yang memerlukan penelitian mendalam. - Foto fail/BERNAMA
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kerajaan anjur kempen keselamatan 'online' untuk kanak-kanak
Kerajaan berhasrat untuk mengadakan kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Malaysia mungkin berdepan satu lagi siri PRK
Malaysia akan berdepan dengan satu lagi siri PRK sekiranya tujuh wakil Bersatu yang berpaling tadah tidak menyatakan sokongan kepada parti dalam tempoh 14 hari.
JKPK setuju proses terbuka untuk pelantikan Pengerusi SPR
Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (JKPK) bersetuju bahawa proses pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu dijalankan secara terbuka dan konsultatif dengan Parlimen.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Tumpuan Sabtu – 18 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim dan keluarganya gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.