awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu arak Timah: Masyarakat perlu dididik berfikiran lebih logik - Azalina

Bernama
Bernama
28/10/2021
11:01 MYT
Isu arak Timah: Masyarakat perlu dididik berfikiran lebih logik - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, masyarakat perlu dididik supaya berfikiran lebih logik susulan kontroversi minuman beralkohol tempatan jenama 'Timah'. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, masyarakat perlu dididik supaya berfikiran lebih logik susulan kontroversi minuman beralkohol tempatan jenama 'Timah'.
"Daripada dulu, kecil-kecil kita makan hotdog, coney dog, jadi macam mana? Anak saya suka makan hotdog, takkan saya kata tak boleh makan... jadi saya rasa ini penting, kita kena didik masyarakat kita memikirkan secara lebih logik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah giliran Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Rosol berkata, sememangnya terdapat keperluan untuk melahirkan masyarakat yang matang, berhemah dan bertanggungjawab supaya tidak mengambil kesempatan atas apa sahaja isu untuk kepentingan dan keuntungan sesetengah pihak.
"Kita tidak mahu ia (isu salah tafsir nama produk) menjadi satu precedent (duluan) ...lepas ini (mungkin) berlaku pula (isu) root beer. Ini tidak akan ada kesudahan," katanya.
Sementara itu, persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 yang bertujuan meminda Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) untuk menyusun semula dan memantapkan fungsinya supaya lebih komprehensif selari dengan peredaran masa.
Akta 730 digubal antaranya untuk mengadakan peruntukan bagi menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal palsu, pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubungan dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#arak Timah
#hotdog
#Azalina Othman Said
#minuman beralkohol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan