awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu beg udara – ‘recall’ Honda, pusingan ketiga

Astro Publication
Astro Publication
12/07/2015
18:08 MYT
Isu beg udara – ‘recall’ Honda, pusingan ketiga
Pusingan ketiga ‘recall’ kerana masalah pada beg udara buatan Takata sudah bermula bagi Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB). Kali ini, ia melibatkan satu jumlah yang sangat besar – 143,970 unit kenderaan. Seperti sebelum ini, isu ini khusu melibatkan pengembung beg udara hadapan yang perlu digantikan dengan pengembung yang baharu. Pecahan model-model kenderaan Honda yang terlibat adalah seperti berikut:
Pelanggan HMSB akan diberitahu melalui surat berkenaan tindakan panggil balik ini dan semua yang menerimanya dinasihatkan untuk menghantar kenderaan milik mereka ke pusat servis Honda sah yang terdekat. Segala kos alat ganti dan kerja adalah percuma. Pelanggan juga dinasihati untuk memeriksa status kemaskini produk kenderaan mereka dengan menghubungi talian 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my. Pada masa sama, semua model yang dijual sekarang tidak terlibat dengan panggil balik yang dijalankan. Honda Malaysia Sdn. Bhd. menggesa agar pemilik kenderaan Honda yang terlibat di dalam kemaskini pengembung beg udara ini agar menghantar kenderaan mereka dan mendapat alat gantian di mana-mana pusat servis Honda yang terdekat sebaik sahaja menerima surat pemberitahuan berkaitan perkara ini.
Topic Berkaitan
# beg udara
# Takata
#Honda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan