IPOH: Sistem parkir tanpa tunai atau 'cashless parking' yang diperkenal di beberapa lokasi di bandar raya ini, bukan untuk merumitkan pengguna, tetapi mengikut perkembangan semasa.
Menolak dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan sistem parkir itu hanya menyusahkan pengguna khususnya warga emas, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, perkara itu wajar dilihat secara menyeluruh.
Mengambil contoh bandar raya lain seperti Kuala Lumpur dan sebagainya, Rumaizi berkata ada kelompok warga emas yang lebih peka dan mahir menggunakan teknologi terkini.
"Suka atau tidak, di mana-mana bandar raya pun, perkara ini (cashless parking) sudah berlaku.
"Ada orang kata di Ipoh ini alasannya kata ramai orang tua, tapi saya lihat di Kuala Lumpur warga emasnya boleh saja guna teknologi digital ini.
"Tidak semestinya semua orang tua tidak mahir, ada juga orang tua di Ipoh ini lingkungan usia 60 hingga 70 tahun tetapi dia lebih mahir berbanding saya soal digital ini.
"Jadi kita tidak boleh secara rawak kata begitu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Transformasi Wanita Digital, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM), Datuk Normaziah Shiekh Mohamed dan Ahli Majlis, Puteri Holijah Muhamad Rali.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan serta keluhan orang ramai yang bimbang dengan pelaksanaan sistem tersebut di Pasar Ayam dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, bermula 1 Oktober.
Dalam pada itu, Rumaizi menambah pelaksanaan sistem itu Oktober ini adalah sebagai tempoh percubaan terlebih dahulu.
Katanya lagi, pihaknya akan memperhalusi dan menilai maklum balas selepas tempoh tiga bulan yang bermula Oktober hingga Disember tahun ini.
"Kita buat percubaan dahulu untuk tiga bulan. Harapan kita dengan percubaan ini kalau berjaya dan tiada masalah, ia boleh diperluas ke kawasan lain di sini.
"Ini (teknologi) tuntutan dunia, pergi mana-mana negara memang banyak guna sistem tanpa tunai. Di China misalnya, duit kertas pun sudah tidak digunakan," katanya lagi.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengapa dua lokasi itu dipilih untuk percubaan sistem tersebut, Rumaizi berkata kerana ia merupakan kawasan tumpuan ramai.
"Lokasi ini menjadi tumpuan untuk pelancong, ia membabitkan orang tempatan dan luar. Daripada segi statistik ia memang sesuai.
"Apa pun kita lihat dalam tempoh tiga bulan dan kaji data dahulu. Zaman kupon atau bayaran tempat letak kereta secara tradisional pelan-pelan akan berlalu.
"Zaman orang pakai kertas dan sebagainya, akan datang ia akan berubah, kalau tidak dipraktikkan sekarang maka kita akan ketinggalan," katanya lagi.
Sebelum ini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengumumkan di Facebook rasminya bahawa sistem 'cashless parking' akan bermula pada 1 Oktober ini, di UTC dan Pasar Ayam.
Bagaimanapun, keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi dan mempertikaikan kewajaran sistem itu, yang dikatakan akan menyusahkan pengguna khususnya warga emas yang kurang arif menggunakan teknologi terkini.
Ia susulan, kedua-dua lokasi tersebut kerap dikunjungi oleh warga emas atas pelbagai urusan harian termasuk pembelian barang basah.
Aida Aziz
Fri Sep 23 2022
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, perkara itu wajar dilihat secara menyeluruh. - Astro AWANI
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Sistem parkir tanpa tunai: Tangguh guna secara menyeluruh di Perak, kekangan di PBT
Maklum balas diterima daripada PBT menyebabkan penggunaan sepenuhnya sistem itu terpaksa dilanjutkan.
Isu 'cashless parking': Zaman kupon, kertas akan berlalu - Datuk Bandar
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, perkara itu wajar dilihat secara menyeluruh.