awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu diskaun saman: Menteri Pengangkutan bincang dengan PDRM

Bernama
Bernama
31/01/2019
21:09 MYT
Isu diskaun saman: Menteri Pengangkutan bincang dengan PDRM
Loke berkata, 116,065 atau 89 peratus daripada 129,822 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) telah dijual bagi perjalanan bermula hari ini hingga 10 Feb dari Lembah Klang ke utara dan pantai timur. - Gambar fail
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan mengadakan pertemuan bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mencari titik penyelesaian berhubung isu diskaun saman trafik.
Loke berkata perbincangan itu akan diadakan selepas sambutan Tahun Baharu Cina.
"Tak mengapalah. Dia (PDRM) tidak kata tak setuju. Lepas Tahun Baharu Cina ini kita bincang," katanya pada sidang media selepas mengedarkan pek cenderahati kepada 1,000 penumpang tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena Tahun Baharu Cina, pada Khamis.
Loke mengulas mengenai kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias yang dilaporkan berkata PDRM tidak dapat mengumpul hasil saman sekiranya kerajaan menamatkan diskaun saman berikutan tidak ramai orang yang berminat membayarnya.
Selasa lepas, Loke mencadangkan tiada sebarang tawaran diskaun akan diberikan ke atas mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan JPJ bagi kesalahan lalu lintas.
Loke juga bercadang untuk berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya saman trafik dan saman dikeluarkan PBT tidak menawarkan sebarang diskaun.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata, 116,065 atau 89 peratus daripada 129,822 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) telah dijual bagi perjalanan bermula hari ini hingga 10 Feb dari Lembah Klang ke utara dan pantai timur.
"Bagi memenuhi permintaan ramai, empat perkhidmatan ETS tambahan bagi sektor KL Sentral-Ipoh-KL Sentral dan KL Sentral-Butterworth-KL Sentral akan mula beroperasi pada 1 hingga 4 Feb ini.
"Sebanyak 9,984 tiket ETS tambahan turut disediakan dan 7,158 daripadanya sudah terjual," katanya.
Loke berkata bagi perkhidmatan KTM Intercity, 11,303 atau 71 peratus daripada 16,000 tiket yang ditawarkan untuk perjalanan bermula hari ini hingga 10 Feb juga dijual.
"Manakala bagi Shuttle Tebrau iaitu perjalanan dari Johor Bharu ke Singapura, 71,869 daripada 109,120 tiket yang ditawarkan telah dijual juga bagi tempoh perjalanan yang sama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke Siew Fook
#Azisman Alias
#diskaun
#ETS
#JPJ
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#kerajaan
#kereta api
#KTMB
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan