KUALA LUMPUR: Individu yang telah menerima vaksin COVID-19 diluluskan Kesatuan Eropah (EU) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tujuan kecemasan dibenarkan masuk ke negara anggota EU.
Delegasi EU ke Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, berkata kelulusan vaksin itu termasuk bagi vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan oleh fasiliti-fasiliti yang belum diiktiraf di EU.
“Tiada halangan atau sekatan. Justeru, laporan baru-baru ini berhubung asal usul keluaran vaksin AstraZeneca tidak tepat.
"Kemasukan ke EU secara prinsipal dibenarkan bagi individu yang telah melengkapkan vaksinasi dengan vaksin yang diluluskan EU, termasuk vaksin yang dikeluarkan di fasiliti-fasiliti bukan bawah kebenaran pemasaran EU," kata kenyataan itu.
BACA: Tidak ada sebab mengapa EU mendiskriminasi vaksin AstraZeneca - Khairy
Delegasi EU ke Malaysia itu mengulas mengenai isu pengiktirafan vaksin melalui Sijil Digital COVID-19 selepas media antarabangsa melaporkan vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan beberapa negara seperti India dan Korea Selatan belum diiktiraf melalui sijil itu.
Menurut kenyataan itu lagi, sijil digital itu hanya sebagai alat untuk membantu proses perjalanan di negara-negara EU dan bukannya sebagai prasyarat wajib kemasukan.
“Sijil itu bukan prasyarat atau dokumen wajib untuk berkunjung ke EU, namun hanya sebagai alat praktikal," katanya.
Selain sijil tersebut, negara anggota EU juga boleh membenarkan kemasukan pengunjung dengan dokumen lain bagi membuktikan vaksinasi mereka.
“Negara anggota boleh menerima dokumentasi yang dikeluarkan negara-negara dunia ketiga bagi mengesahkan vaksinasi.
“Dokumentasi ini sekurang-kurangnya perlu mengandungi maklumat yang mengenal pasti individu berkenaan, jenis vaksin yang diterima serta tarikh penerimaan vaksin," katanya.
Tambah kenyataan itu, syarat kemasukan negara anggotanya berbeza dan ditentukan oleh kerajaan masing-masing.
Justeru itu, katanya rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke EU perlu meneliti prosedur operasi standard (SOP) dan dokumentasi yang ditetapkan sesebuah negara, terutama kerana syarat-syarat tersebut akan berubah mengikut situasi semasa pandemik di EU serta Malaysia.
Nailah Huda
Wed Jul 07 2021
Kelulusan vaksin itu termasuk bagi vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan oleh fasiliti-fasiliti yang belum diiktiraf di EU. - Foto/ REUTERS
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.
Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.
Agensi EU: Lebih 500,000 permohonan suaka pada separuh pertama 2024
Dari Januari hingga akhir Jun, Agensi Kesatuan Eropah bagi Suaka yang berpangkalan di Malta mencatatkan sejumlah 513,000 permohonan baharu.
Kemungkinan didenda, industri kereta EU keluarkan amaran jutaan pekerjaan terancam
Jutaan pekerjaan terancam berikutan kemungkinan pengeluar dikenakan denda peraturan iklim.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Malaysia sedia sambung semula rundingan FTA dengan EU - Tengku Zafrul
Malaysia secara rasminya bersedia untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi memuktamadkan perjanjian tersebut, kata Tengku Zafrul.
EU pindahkan 1.5 bilion euro aset Rusia yang dibekukan ke Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan telah memindahkan aset Rusia yang dibekukan bernilai 1.5 bilion euro kepada Ukraine.