awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu doktor kontrak: KKM beri peringatan tidak sertai himpunan haram

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2023
08:30 MYT
Isu doktor kontrak: KKM beri peringatan tidak sertai himpunan haram
KKM mengingatkan semula mengenai peraturan melarang penjawat awam daripada menyertai perhimpunan haram susulan wujud perancangan daripada doktor kontrak untuk melakukan mogok selama tiga hari bermula Isnin.
SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan semula mengenai peraturan melarang penjawat awam daripada menyertai perhimpunan haram susulan wujud perancangan daripada doktor kontrak untuk melakukan mogok selama tiga hari bermula Isnin.
Peringatan itu dimuat naik Unit Integriti KKM melalui laman Facebook rasmi kementerian berkenaan pada Sabtu.
Mengikut hantaran tersebut, berdasarkan Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, penjawat awam dilarang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram.
Jelasnya, antara bentuk perhimpunan haram adalah penglibatan aktif di luar masa bekerja, menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai perhimpunan.
Selain itu, menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan perhimpunan haram.
"Sekiranya cukup bukti menunjukkan pegawai terlibat dalam kegiatan tersebut, maka pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) (P.U(A) 395/1993)," katanya
Difahamkan, terdapat kumpulan doktor kontrak akan melancarkan mogok di seluruh negara bermula Isnin hingga Rabu sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#perhimpunan haram
#mogok doktor kontrak
#Unit Integriti KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan