awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu FashionValet: Proses rakam percakapan Vivy, suami masih berjalan - SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
05/11/2024
10:32 MYT
Isu FashionValet: Proses rakam percakapan Vivy, suami masih berjalan - SPRM
Selepas tiga jam, proses rakaman percakapan pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar masih berlangsung di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Selepas tiga jam, proses rakaman percakapan pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar masih berlangsung di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ringkasan AI
  • Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah, masih dalam proses rakaman percakapan oleh SPRM di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
  • SPRM menyerbu empat lokasi termasuk Khazanah, PNB, MoF, dan ibu pejabat FashionValet sebagai sebahagian daripada siasatan.
  • Siasatan ini berkaitan dengan kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet, yang bernilai RM3.1 juta.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi pada Selasa.
"Masih (rakaman keterangan)," katanya ringkas.
Ujar beliau, siastan SPRM berdasarkan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Berdasarkan definisi SPRM, Seksyen 18 adalah mengemukakan atau mengesahkan dokumen yang mengandungi butiran palsu.
Terdahulu, Vivy dan Fadzaruddin tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 2.30 petang.
Isnin minggu lalu, Kementerian Kewangan (MoF) menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Khazanah telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan tersebut.
Empat premis termasuk MoF, Khazanah dan PNB diserbu SPRM secara serentak pada Isnin.
Satu lagi lokasi yang diserbu SPRM adalah di ibu pejabat FashionValet yang terletak di Bangsar.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#isu FashionValet
#SPRM
#rakam percakapan
#Vivy Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan