awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu FashionValet: Vivy, Fadza dirakam percakapan SPRM hari ini

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2024
08:19 MYT
Isu FashionValet: Vivy, Fadza dirakam percakapan SPRM hari ini
Rakaman melibatkan Vivy dan Fadza dipercayai dilakukan di bangunan SPRM di Putrajaya, Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam percakapan suami isteri pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, bagi membantu siasatan membabitkan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Rakaman dipercayai dilakukan di bangunan SPRM di Putrajaya, Selasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dipetik berkata, setakat Isnin, pihaknya sudah memanggil empat orang saksi daripada PNB, Khazanah dan Kementerian Kewangan (MOF).
"Dokumen yang telah diambil akan dikaji dan disemak susulan siasatan kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet," katanya pada, Selasa.
Pada Isnin, SPRM telah mengambil beberapa dokumen kewangan susulan serbuan di MOF, Khazanah, PNB dan FashionValet.
Media sebelum ini melaporkan SPRM menyerbu FashionValet yang dikaitkan dengan kerugian pelaburan dana Khazanah dan PNB berjumlah RM43.9 juta.
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan Madani, Fahmi Fadzil, dilaporkan berkata, rakyat membangkitkan persoalan mengenai kerugian itu hingga pelbagai kandungan berkaitan dimuat naik di media sosial.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashionista Valet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).
Topic Berkaitan
#FashionValet
#Vivy Yusof
#Fadzaruddin Shah Anuar
#SPRM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan