BANJUL: Konflik di Gaza dijangka mendominasi agenda perbincangan di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) di Gambia.
Presiden Gambia, Adama Barrow, yang juga Pengerusi OIC, tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Beliau menambah, Gambia akan kekal menyokong usaha Afrika Selatan untuk mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), susulan tindakan rejim itu di Gaza.
"Kami kekal bersolidariti dengan Afrika Selatan dan semua yang melaksanakan advokasi keadilan dan kebertanggungjawaban, kami ikrar sokongan kami terhadap usaha mereka untuk mendapatkan keadilan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Israel," katanya.
Sidang OIC pada Ahad dijangka akan menerima pakai resolui berhubung konflik Gaza dan kes Rohingya.
Gambia sebelum ini memfailkan kes terhadap Myanmar bagi pihak OIC pada 2019 atas dakwaan negara itu mencabul Konvensyen Genosid berhubung layanan terhadap pelarian Rohingya.
Kes berkenaan masih kekal di ICC sehingga kini.
Astro Awani
Sun May 05 2024
Sidang OIC pada Ahad dijangka akan menerima pakai resolui berhubung konflik Gaza dan kes Rohingya. - Foto AP
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus, penduduk dinasihat berwaspada
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, 1.04 tengah hari Waktu Indonesia Barat, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung.
Pantau Agenda Reformasi: #Alleyesonrafah: Apa yang mampu menyekat Israel?
Meskipun menerima tindakan kecaman daripada masyarakat global, namun itu tidak menghentikan kekejaman Israel di Gaza. Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute memberikan pandangan mengenai isu ini.
Badminton: Kejutan Nur Izzuddin-Sze Fei di Terbuka Singapura
Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mengejutkan pasangan nombor lapan dunia, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi apabila mara ke suku akhir Terbuka Singapura.
Sentoria gantung tugas CEO selama tiga bulan sementara menunggu siasatan
Sentoria Group Bhd mengumumkan tugas dan fungsi ketua pegawai eksekutif kumpulan Datuk Loh Yuen Tuck telah digantung berkuat kuasa serta-merta.
Dalam makluman di Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, tempoh penggantungan tersebut hendaklah untuk tempoh tiga bulan dan akan berbeza-beza bergantung kepada syor akhir oleh Pasukan Penyiasat Luar (EIT) yang akan dilantik secepat mungkin.
Dalam makluman di Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, tempoh penggantungan tersebut hendaklah untuk tempoh tiga bulan dan akan berbeza-beza bergantung kepada syor akhir oleh Pasukan Penyiasat Luar (EIT) yang akan dilantik secepat mungkin.
Perdagangan Malaysia-China melonjak kepada RM151.06 bilion setakat April
Jumlah perdagangan Malaysia dan China bagi tempoh Januari hingga April 2024 meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM151.06 bilion berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata jumlah kemasukan pelancong dari China ke Malaysia turut melonjak secara ketara sebanyak 217 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada 2023.
Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata jumlah kemasukan pelancong dari China ke Malaysia turut melonjak secara ketara sebanyak 217 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada 2023.
Untung bersih MISC naik 24% kepada RM759.9 juta pada suku pertama 2024
Untung bersih MISC Berhad pada suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24) meningkat 24% kepada RM759.9 juta berbanding setahun sebelumnya yang berjumlah RM612.9 juta.
Pendapatan Kumpulan dalam suku berakhir 31 Mac 2024 pula sebanyak RM3.63 bilion iaitu RM559.6 juta atau 18.2% lebih tinggi berbanding suku berakhir 31 Mac 2023.
Pendapatan Kumpulan dalam suku berakhir 31 Mac 2024 pula sebanyak RM3.63 bilion iaitu RM559.6 juta atau 18.2% lebih tinggi berbanding suku berakhir 31 Mac 2023.
PETRONAS dinobatkan Peneroka Minyak Terbaik WoodMac 2023
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) diumumkan sebagai Peneroka Minyak Tahunan Terbaik kategori Syarikat Minyak Nasional (NOC) dalam tinjauan penerokaan tahunan peneraju industri Wood Mackenzie (WoodMac).
Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000
Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mendapatkan pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.
Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin
Baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal.
Nikotin sintetik sebabkan ketagihan lebih parah - FDA
Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarikat memberi amaran bahawa nikotin sintetik 6-methyl boleh memberi kesan ketagihan lebih parah berbanding nikotim semulajadi.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Pengerusi OIC tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Saifuddin digesa ketengah ketegangan AS-Iran di mesyuarat OIC
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah digesa mengetengahkan ketegangan antara Amerika Syarikat-Iran yang mungkin menjadi konflik serius di Timur Tengah.