PUTRAJAYA: Pandangan mengenai pelaksanaan Integrity Pact yang dikatakan tidak mencapai piawaian antarabangsa adalah tidak tepat, kerana ia telah ditambah baik dengan sistem dan garis panduan yang jelas serta relevan pada masa ini, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata cadangan supaya diwujudkan pihak ketiga sebagai pemantau bebas, bagi menjamin ketelusan proses pembidaan dari tender dikeluarkan kepada syarikat sehingga siap projek, tidak terikat di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang mewajibkannya dilaksanakan, di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
"Integrity Pact yang ditambah baik mempunyai sistem dan garis panduan yang cukup jelas, tambahan pula dengan adanya peruntukan baharu yang dimasukkan seperti Seksyen 17A Akta SPRM 2009, ia dilihat relevan dari segi pelaksanaannya buat masa ini.
"Penglibatan pihak ketiga untuk memantau projek-projek kerajaan juga bergantung kepada jenis projek, kerana bukan semua projek sesuai disertai pihak ketiga atas faktor kepentingan dan kerahsiaan kerajaan, misalnya projek melibatkan agensi penguat kuasa atau pertahanan awam dan negara," katanya kepada pemberita baru-baru ini sempena Hari Ulang Tahun SPRM ke-55 yang disambut Sabtu.
Azam tidak menafikan terdapat negara yang mempraktikkan mekanisme tersebut bagi menjamin ketelusan dalam urusan perolehan namun, ia bergantung kepada sesebuah negara dan keperluan semasa.
Beliau menegaskan ketiadaan pemantauan daripada pihak ketiga, tidak bermaksud Integrity Pact tidak boleh dilaksanakan secara berkesan.
"Malah, sehingga hari ini, tiada sebarang kajian yang menunjukkan isu rasuah dan salah guna kuasa atau isu ketirisan perolehan kerajaan, dapat diatasi sepenuhnya dengan adanya pemantau bebas," katanya.
Selain itu, beliau berkata melalui pelantikan pihak ketiga, timbul persoalan mengenai kos projek dengan bayaran perkhidmatan dan nilai kos perlu dipertimbangkan bagi tujuan itu.
Bagaimanapun, Azam berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang penambahbaikan pada masa depan demi kepentingan semua pihak.
Menurutnya Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang diadakan tahun lepas, telah mengesyorkan lima penambahbaikan dan salah satu daripadanya ialah melaksanakan kajian lanjut bagi projek rintis pemantau bebas.
"Sekiranya projek rintis tersebut membuktikan keberkesanan dan adanya keperluan untuk memasukkan pihak ketiga sebagai pemantau bebas bagi meningkatkan ketelusan setiap urusan perolehan kerajaan, maka SPRM akan turut menerima penambahbaikan tersebut demi kepentingan semua," katanya.
Pelaksanaan Integrity Pact dalam perolehan kerajaan, merupakan salah satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) - Membanteras Rasuah telah dikuatkuasakan mulai 1 Jun lepas.
Azam berkata ia merupakan antara 111 inisiatif yang dilaksanakan di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 untuk meningkatkan integriti, memerangi amalan rasuah serta mengelak sebarang isu berkaitan konflik kepentingan dalam perolehan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
Azam tidak menafikan terdapat negara yang mempraktikkan mekanisme tersebut bagi menjamin ketelusan dalam urusan perolehan namun, ia bergantung kepada sesebuah negara dan keperluan semasa. - Gambar fail
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
PRK: Ramanan nasihat calon fokus bertumpu bawa isu tempatan
Calon bertanding pada PRK DUN KKB perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat tempatan berbanding membincangkan hal-hal bersifat nasional dalam siri kempen mereka.
Isu 'Integrity Pact' tidak ikut piawaian antarabangsa tidak tepat - SPRM
Pandangan mengenai pelaksanaan Integrity Pact yang dikatakan tidak mencapai piawaian antarabangsa adalah tidak tepat, kata SPRM.