PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membawa isu kalimah Allah kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Baginda bercadang untuk membawa isu tersebut kepada Mesyuarat MKI pada Ogos ini sebelum diangkat kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada Oktober nanti.
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Perdana Menteri berkata beliau menghadap Sultan Sharafuddin pada Rabu.
BACA: Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Pertemuan itu adalah bagi menyembah maklum kepada Baginda berhubung keputusan Kerajaan dalam kes Jill Ireland melawan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan.
Dalam sesi menghadap tersebut, PM Anwar menjelaskan pendirian Kerajaan Persekutuan yang menghormati undang-undang yang berkuat kuasa di negeri-negeri dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
“Selepas berbincang dengan DYMM Sultan Selangor, saya menghormati pandangan Baginda yang selari dengan keputusan Jemaah Menteri Mei lalu bahawa isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak lebih sesuai diperkemas dan diperjelaskan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang berperanan menasihati Majlis Raja-Raja,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan untuk memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada.
“Dasar sebelum ini adalah mengehadkan penggunaan kalimah Allah kepada orang Islam di Semenanjung Tanah Melayu serta kelonggaran bersyarat oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.
“Kerajaan juga memberikan komitmen untuk memperkemas dasar sedia ada berdasarkan ketetapan Majlis Raja-Raja yang akan diangkat sebagai suatu dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Wed Jun 07 2023

Dalam sesi menghadap tersebut, PM Anwar menjelaskan pendirian Kerajaan Persekutuan yang menghormati undang-undang yang berkuat kuasa di negeri-negeri dan kedudukan Raja-Raja Melayu. -Foto Facebook - Selangor Royal Office

Speedy Tigers jadikan Indonesia mangsa belasahan seterusnya
Skuad hoki lelaki kebangsaan menepati ramalan selepas mudah mengatasi Indonesia 9-2 pada aksi ketiga Kumpulan B temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, di sini, hari ini
![[KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas [KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695911075_MalbattMisiBakara.jpg)
[KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas
Pegawai dan semua peringakat MALBATT terdiri daripada golongan professional yang cukup terlatih dan berdisiplin.

Pelancong hilang: SAR di Gunung Jasar temukan kesan tapak kaki kemungkinan jejak mangsa
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.

Tidak isytihar kandungan gluten: Singapura panggil balik produk dari Malaysia
Memandangkan gluten boleh cetuskan alahan, SFA telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.
AWANI Ringkas: Sukan Asia - Ekuestrian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang
Polis menahan seorang lelaki di Taman Setapak Jaya yang disyaki menyerang seorang pemandu lori dengan menggunakan objek tajam di Pandan Perdana dua hari lepas.
AWANI 7:45 [28/09/2023] - Qabil rangkul emas | Yakin tiada kenaikan harga barang | Jamin beras putih cukup | Laksanakan pelan komprehensif
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews

PM Thailand derma gaji, elaun kepada badan kebajikan
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui perntadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sindiket seludup makan sejuk beku lebih RM2 juta tumpas di Sandakan
WCB/PSK JKDNKA PDRM, PGA Sabah dan JPVS, menumpaskan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dari loji yang tidak diiktiraf, yang dianggarkan bernilai RM2,722,604 di sini malam tadi.
China lancar kereta api berkelajuan tinggi merentas laut pertama
China melancarkan landasan kereta api berkelajuan tinggi pertamanya yang akan merentasi beberapa teluk serta menyusuri sepanjang pantai wilayah tenggara Fujian berhampiran Selat Taiwan, lapor media kerajaan hari ini.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.

5G: Kemampanan teknologi tidak harus dinikmati golongan elit, pemerintah sahaja - Anwar
Kerajaan mahu setiap rakyat di negara ini termasuk di bandar dan kawasan pedalaman mendapat akses dan peluang yang sama untuk menikmati pembangunan yang mampan termasuk rangkaian 5G.

Rombakan Kabinet: Saya tengah fikir - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan perkara tersebut, di sebalik desas-desus itu.

Tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Masa sesuai rombak Kabinet, jangan lantik individu 'kitar semula' - Penganalisis
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan secara berhemah bagi memastikan keputusan yang diambil tidak menyentuh perasaan parti-parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Anwar dijangka rasmi PIPOC 2023, tampil lebih 100 pakar sawit global - MPOB
Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2023 pada 7-9 November ini, akan mengetengahkan lebih 100 penceramah dan pakar terkemuka dunia.

Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.

Kepulangan PM Anwar dari AS disambut meriah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan kerja ke New York, Amerika Syarikat.

Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
Mohd Na'im berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

Masalah tangani media sosial tidak harus jadi alasan bendung hak media - Kumpulan wartawan & pemimpin media
Kumpulan wartawan dan pemimpin media memandang serius tindakan SKMM sejak kebelakangan ini yang memberi amaran, memanggil dan menyekat beberapa portal berita.