awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kapal peronda: Ahmad Zahid beri keterangan kepada PAC

Bernama
Bernama
25/10/2021
08:16 MYT
Isu kapal peronda: Ahmad Zahid beri keterangan kepada PAC
Ahmad Zahid merupakan saksi keenam yang dipanggil PAC untuk isu ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan keterangan dan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua Littoral Combatant Ship (LCS) oleh Kementerian Pertahanan melibatkan nilai lebih RM9 bilion.
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menjawat jawatan Menteri Pertahanan dari 10 April 2009 hingga 16 Mei 2013, telah memberikan penjelasan hampir dua jam berhubung isu itu yang merupakan perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Beliau berkata Ahmad Zahid merupakan saksi keenam yang dipanggil PAC untuk isu ini, selain Ketua Setiausaha MINDEF Datuk Seri Muez Abdul Aziz, bekas Panglima Tentera Laut Jen (B) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pegawai Operasi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Low Kok Chiang.
"PAC memandang serius isu ini memandangkan sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar namun tidak ada sebuah pun kapal LCS yang siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS telah siap dibina setakat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Isu tersebut telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan Persekutuan) dan juga dalam Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Jabatan Perdana Menteri yang diterbitkan pada 2019.
Wong berkata bagi melengkapkan siasatan isu itu, PAC turut bercadang mengadakan lawatan ke limbungan kapal LCS yang dimiliki BNS di Lumut, Perak dalam masa yang akan ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#PAC
#Menteri Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan