awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kekurangan bekalan makanan: Petani harus dibangunkan secara berkelompok

Israr Khalid
Israr Khalid
23/05/2022
22:00 MYT
Isu kekurangan bekalan makanan: Petani harus dibangunkan secara berkelompok
Sekuriti makanan negara dapat dijamin dengan penghasilan lebih banyak tanaman dan ternakan secara sendiri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Isu kekurangan bekalan makanan disebabkan krisis rantaian global boleh diatasi dengan menggalakkan penghasilan sendiri tanaman dan ternakan yang terlibat untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil import.
Bagaimanapun menurut usahawan tani dan pengasas Grasicili, Munir Ashim Abdullah, usaha tersebut tidak boleh dibuat secara bersendirian sebaliknya secara berkelompok dalam skala yang besar.
“Kita perlu kumpulkan mereka secara kluster atau berkumpulan untuk bertani dan perkara ini memerlukan intervensi atau satu model bisnes yang menyeluruh.
“Bukan kita bantu seorang tanam dua, tiga pokok atau berkebun di belakang rumah kerana ia takkan menyelesaikan masalah tersebut secara keseluruhan," katanya.
Jelasnya, bercucuk tanam secara bersendirian memerlukan kos pengoperasian yang lebih tinggi berbanding dengan menanam dalam skala yang besar, maka perlunya koordinasi untuk menggerakkan usaha secara berkelompok.
Maka ujar Munir, pihak bertanggungjawab boleh memainkan peranan dengan membangunkan dan mengumpulkan para petani secara bersegmen dan setiap segmen perlu diberikan tumpuan.
“Bukan kepada satu atau dua orang tetapi perhatian kepada satu kelompok petani supaya kos membangunkan mereka jadi lebih rendah.”
Tonton temu bual penuh bersama beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Petani harus dibangunkan secara berkelompok, intervensi isu kekurangan bekalan makanan
Agenda AWANI: Penyelesaian Segera Krisis Makanan
Topic Berkaitan
#Grasicili
#pertanian
#krisis rantaian global
#kelompok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan