awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
Pemuda seru pintu UMNO dibuka semula, isyarat sokongan kepada Khairy Jamaluddin
‘Gua ada maruah’ - Dr Akmal lepas jawatan Exco Melaka, kekal Ketua Pemuda UMNO lawan DAP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu ketelusan, standard pemarkahan perlu ditangani dalam kajian semula PT3 - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
13/01/2026
11:48 MYT
Isu ketelusan, standard pemarkahan perlu ditangani dalam kajian semula PT3 - Penganalisis
Pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) St Joseph membuat persiapan terakhir sebelum menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Isu ketelusan dan standard pemarkahan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) rentas semua sekolah perlu diteliti seterusnya ditangani dalam kajian semula yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Ringkasan AI
  • Isu ketelusan dan standard pemarkahan PT3 perlu diteliti dalam kajian semula KPM untuk pastikan keseragaman di semua sekolah.
  • Mekanisme audit pemarkahan silang sekolah disaran diperkukuh, bukan sekadar tambah borang atau proses kosmetik.
  • Audit telus penting untuk bina kepercayaan awam bahawa markah disemak pihak neutral, selaras kajian semula UPSR dan PT3 yang akan dibentang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Arus Academy, Alina Amir berkata bagi tujuan itu, mekanisme audit pemarkahan silang sekolah perlu diperkukuhkan.
"Menyentuh mengenai standard pemarkahan yang mungkin berbeza antara Sekolah A dengan Sekolah B, mekanisme untuk memperkukuhkan standard pemarkahan ini tidak sepatutnya dalam bentuk menambah borang atau proses.
“Sebaliknya, kita mahu memperkukuh mekanisme audit pemarkahan silang sekolah. Ini merupakan amalan terbaik yang digunakan untuk peperiksaan di peringkat antarabangsa seperti Sijil Am Pendidikan Menengah (GCSE) dan O-Level. Penilaian guru dibuat berasaskan sekolah sangat untuk melihat perkembangan harian,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Tambah Alina, satu strategi pelaksanaan audit pemarkahan yang telus juga perlu diteliti untuk memastikan standard yang seragam. Tegasnya, audit ini tidak boleh wujud sekadar aspek kosmetik kepada pelaksanaan peperiksaan berkenaan.
“Perkara paling penting adalah untuk murid dan ibu bapa tahu bahawa markah disemak oleh pihak yang neutral tanpa pilih kasih. Untuk capai tahap kepercayaan awam ini akan mengambil masa dan memerlukan kita untuk percaya kepada proses tersebut,” ujarnya.
Pada Isnin, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kajian menyeluruh berhubung cadangan pelaksanaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3 akan dilaksanakan.
Mengulas lanjut, Fadhlina menjangkakan kajian itu akan dilaksanakan dan dapat diselesaikan pada tahun ini juga dan dibentangkan secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan
#peperiksaan
#UPSR
#PT3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan