KUALA LUMPUR: Isu berhubung keterjaminan bekalan air mentah dalam negara perlu diberi perhatian, susulan perubahan iklim yang berlaku di peringkat global ketika ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkara itu perlu bagi memastikan negara mempunyai bekalan air mencukupi, dalam menghadapi isu perubahan iklim.
"Sebagai sebuah negara kecil kita akan turut terkesan dengan perubahan iklim di peringkat global. Sekarang kita sedang mengalami perubahan El Nino dengan La Nina, jadi perkara yang paling penting diberi perhatian ialah soal bekalan air.
"Kalau kita ingat tahun 1990-an, pernah berlaku musim kering yang panjang, menyebabkan ada masalah bekalan air di beberapa buah negeri dan ada juga beberapa negeri mempunyai simpanan air yang sedikit. Jadi saya rasa perkara yang menjadi kebimbangan kita ialah tentang keselamatan air kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Klinik Amal Percuma Yayasan Amal Maaedicare dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS), yang disempurnakan Pengerusi Kebangsaan MRCS Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini, hari ini.
Nik Nazmi berkata antara langkah yang dilakukan kerajaan bagi mengatasi isu itu, termasuk memastikan hutan simpan dan hutan paya bakau di negara ini akan terus dipelihara, kerana hutan Malaysia merupakan antara yang tertua serta terbaik di dunia, malah mempunyai daya penangkapan karbon yang baik.
Beliau berkata kerajaan juga menjalinkan kerjasama dengan negara lain di peringkat antarabangsa, bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan peningkatan suhu, kerana setiap negara mempunyai sasaran yang sama.
Pada masa yang sama, beliau turut meminta rakyat agar turut sama memainkan peranan dengan menjimatkan penggunaan air.
"Antara masalah besar di Malaysia ialah penggunaan air yang sangat tinggi, jadi kita kena berjimat menggunakan air dan lihat balik apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan, dan dari segi memelihara alam sekitar kita perlu memain peranan penting.
Sementara itu, klinik berkenaan dilancarkan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada rakyat yang memerlukan, melibatkan perkhidmatan rawatan penyakit akut dan kronik, pembedahan kecil, vaksin, pemeriksaan darah dan air kencing, nasihat pemakanan serta pemeriksaan elektrokardiogram (ECG).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkara itu perlu bagi memastikan negara mempunyai bekalan air mencukupi, dalam menghadapi isu perubahan iklim. - Gambar fail/BERNAMA

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Isu keterjaminan bekalan air perlu diberi perhatian - Nik Nazmi
Isu berhubung keterjaminan bekalan air mentah dalam negara perlu diberi perhatian, susulan perubahan iklim yang berlaku di peringkat global ketika ini.