awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Mara: Siasatan 5 pegawai kanan sudah lengkap - SPRM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/02/2022
09:21 MYT
Isu Mara: Siasatan 5 pegawai kanan sudah lengkap - SPRM
Hishamuddin Hashim memberitahu, setakat ini sejumlah 30 saksi ermasuk Ahli Lembaga Pengarah Mara Corporation (Mara Corp), pengurusan Mara dan pegawai bank telah dipanggil untuk direkodkan keterangan sepanjang siasatan dijalankan. - Gambar fail/SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan isu integriti dan salah guna kedudukan membabitkan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim memberitahu, setakat ini sejumlah 30 saksi termasuk Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Mara Corporation (Mara Corp), pengurusan Mara dan pegawai bank telah dipanggil untuk direkodkan keterangan sepanjang siasatan dijalankan.
Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan pada minggu depan untuk penelitian dan keputusan.
"Setakat ini kita telah mengambil keterangan berkaitan dengan salah laku jenayah terhadap lima pegawai dan dalam taklimat kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan minggu depan, kita akan mengesyorkan cadangan hasuil daripada dapatan keterangan untuk penelitian dan keputusan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini sepasukan pegawai SPRM menyerbu sekurang-kurangnya tiga pejabat berkaitan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu bagi membantu siasatan.
Terdahulu, pendedahan mengenai salah guna kuasa itu dibuat satu pemilik akaun Twitter menerusi ciapan bersama lampiran enam helai surat berhubung integriti pegawai-pegawai Mara.
Topic Berkaitan
#lima pegawai kanan
#integriti
#salah guna kedudukan
#SPRM
#Hishamuddin Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan