awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu mewujudkan MRSM berbayar jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2023
23:00 MYT
Isu mewujudkan MRSM berbayar jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cadangan mewujudkan MRSM berbayar dan kos perbelanjaan jemaah haji akan jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR: Isu cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berbayar dan kos perbelanjaan jemaah haji akan menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat Parlimen, isu berkenaan akan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen ketika sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan berdasarkan cadangan untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada golongan yang berkemampuan.
Beliau juga mahu menteri untuk menyatakan proses dan sumber pendanaan bagi membina serta bagaimana proses pemilihan pelajar bagi kemasukan ke MRSM.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad pula dijangka akan mengajukan soalan kepada Perdana Menteri berkenaan asas pertimbangan kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20.
Dalam pada itu, Ahli Perlimen Bentong, Young Syefura Othman pula akan meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan, didakwa dan diselesikan sejak Akta Kesalahan-kesalahan Terhadap Kanak-Kanak 2017 dikuatkuasakan.
Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen ke-15 berlangsung selama 31 hari sehingga 4 April.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#MRSM
#Haji
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan