awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pakaian atlet: Syed Saddiq mungkin 'tersilap baca' - Wan Sukairi

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
27/11/2018
22:00 MYT
Isu pakaian atlet: Syed Saddiq mungkin 'tersilap baca' - Wan Sukairi
Wan Sukairi ketika menjawab persoalan mengenai pemakaian atlet patuh syariah kepada pemberita sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di Wisma Darul Iman pada 25 Nov lalu. - BERNAMA
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mungkin 'tersilap baca' atau tidak menerima maklumat tepat berhubung pemakaian patuh syariah yang bakal dilaksanakan ke atas atlet di Terengganu, kata Wan Sukairi Wan Abdullah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri itu berkata, menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, jelas ianya hanya dilaksanakan kepada atlet beragama Islam di negeri itu sahaja.
Katanya, pakaian patuh syariah itu tidak akan menjejaskan prestasi golongan berkenaan, bahkan dalam keadaan tertentu, bakal memberi lebih jaminan kepada mereka dari sudut keselamatan.
"Ini hanya terpakai untuk atlet-atlet di Terengganu sahaja dan bukan satu arahan untuk atlet luar dari Terengganu. Kita punya kuasa pun untuk negeri Terengganu sahaja. (Atlet) Yang lain, di luar bidang kuasa kita," katanya pada Selasa.
Pada Isnin, Syed Saddiq mempertahankan atlet dan mengatakan pakaian sukan pilihan mereka perlu dihormati.
Beliau turut melahirkan kebimbangannya terhadap masa depan beberapa sukan seperti renang, gimrama dan bina badan.
Wan Sukairi berkata, setakat ini hanya maklum balas positif yang diterima menerusi langkah yang bakal diperkenalkan itu.
“Pihak kerajaan negeri juga akan mengambil nasihat Datuk Mufti untuk menetapkan garis panduan, apa sebenarnya yang boleh dan apa yang tidak boleh,” katanya.
Tambahnya, langkah yang dilakukan itu adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai tonggak pentadbiran utama, termasuk sukan.
Topic Berkaitan
#atlet terengganu
#Syed Saddiq
#Wan Sukairi Wan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan