awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pakaian seragam Pos Malaysia selesai, CEO kumpulan mohon maaf

Bernama
Bernama
20/04/2025
00:10 MYT
Isu pakaian seragam Pos Malaysia selesai, CEO kumpulan mohon maaf
Seorang kakitangan Pos Malaysia memuat naik luahannya tentang pakaian seragam yang rosak baru-baru ini. Kanan: Brewer memuat hantaran balas terhadap pekerja terlibat yang memuatnaik hantaran tentang pakaian seragamnya yang rosak. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad telah mengambil tindakan segera termasuk berkomunikasi secara langsung dengan kakitangan yang terlibat dalam isu pakaian seragam rosak seterusnya menyelesaikan perkara itu sepenuhnya.
Menerusi kenyataan di Facebook, Pos Malaysia memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer juga dengan rasa rendah diri telah menyampaikan permohonan maaf kepada kakitangan yang terkesan.
Selain itu, Brewer juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin tersinggung dengan kenyataannya sebelum ini.
"Beliau dengan jujur mengakui bahawa respons beliau seharusnya lebih berempati dan dengan tekad yang kuat, beliau berjanji untuk terus membina budaya kerja yang saling menghormati serta menyokong semua warga Pos Wira," menurut catatan itu.
Pos Malaysia juga sedang menambah baik proses dalaman untuk memastikan penggantian pakaian seragam dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.
Komitmen itu dilakukan untuk memastikan setiap anggota Pos Wira dapat berkhidmat dengan selesa dan penuh keyakinan dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat.
Pos Malaysia mohon maaf
Baru-baru ini, seorang posmen mengeluh di media sosial mengenai pakaian seragam yang koyak dan berharap mendapat seragam ganti, sebelum Brewer memberi maklum balas yang mendapat perhatian pengguna media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pos malaysia
#pakaian seragam
#Charles Brewer
#mohon maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan