awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu paksa buka tudung: Kerajaan negeri serah pada Kementerian Pendidikan

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2014
05:29 MYT
Isu paksa buka tudung: Kerajaan negeri serah pada Kementerian Pendidikan
Kerajaan negeri menyerahkan kes guru Cina Muslim yang dipaksa membuka tudung oleh ahli jemaah pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat baru-baru ini kepada kementerian pendidikan untuk mengambil tindakan secara bijaksana.
Menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kes seperti itu boleh membangkitkan isu perkauman yang menjurus kepada keadaan dan situasi perpecahan.
Katanya semua masyarakat perlu menghormati sensitiviti kaum lain dan mengamalkan sikap toleransi dan beliau turut bertegas meminta agar pihak lain tidak cuba mengeruhkan lagi keadaan.
“Secara keseluruhan saya dapati keadaan setakat ini baik tapi insiden ini boleh membangkitkan keadaan yang tidak baik pada masa sama,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan Thaipusam di Kuil Seri Subramaniam di Masai, Pasir Gudang, Johor.
Baru-baru ini, ahli jemaah pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Pang Ah Ngang berusia sekitar 60an dilaporkan telah mendesak seorang guru Cina Muslim di sekolah tersebut untuk membuka tudung selain mengancam keselamatannya.
Guru tersebut kemudiannya dikatakan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di IPD Kota Tinggi dan pihak polis telah memanggil Pang untuk memberi keterangan.
Topic Berkaitan
#guru Cina Muslim
#isu paksa buka tudung
#mualaf
#Ngang Ah Pang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan