awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu paksa buka tudung: Wanita UMNO mahu tindakan tegas diambil

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2014
12:42 MYT
Isu paksa buka tudung: Wanita UMNO mahu tindakan tegas diambil
Pergerakan Wanita UMNO berharap satu tindakan tegas dapat diambil ke atas Pengerusi Jemaah Sekolah SJK (C) Nan Ya, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Pang Ah Ngan.
Ini kerana Pang dikatakan telah melanggar hak kebebebasan individu, apabila menghalang seorang guru muslim di sekolah tersebut dari memakai tudung ke sekolah.
Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari dalam satu kenyataan media berkata pihaknya memandang serius isu tersebut.
“Pang tidak ada hak untuk menghalang cikgu Choi Yem Chan yang telah memeluk agama Islam untuk memakai tudung atau berhijab.
“Apabila seseorang wanita Islam memilih untuk memakai tudung, itu merupakan hak kebebasan individu tersebut dan hak kebebasan berpakaian ini termasuklah di tempat kerja selagi tidak melanggar tatasusila dan adab Islam” kata Rosni.
Rosni turut menegaskan bahawa hak tersebut telah diperuntukkan di bawah perlembagaan negara.
Sebelum ini pihak Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap Guru Besar sekolah tersebut yang bertindak berdiam diri seolah-olah merestui tindakan Pang.
Topic Berkaitan
#Choi Yem Chan
#Pang Ah Ngan
#Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan